Kalau PAS enggan kerjasama, Umno tak paksa

Kalau PAS enggan kerjasama, Umno tak paksa

Umno tidak akan memaksa PAS meneruskan kerjasama dengannya jika parti itu enggan berbuat demikian, kata Ketua Penerangan Barisan Nasional (BN) Selangor, Isham Jalil.

Beliau berkata, terpulang kepada PAS untuk memilih parti mana yang mereka mahu menjalin kerjasama dan begitu juga sebaliknya.

“Tiada paksaan dalam Islam. Jika PAS ingin teruskan kerjasama mereka dengan Bersatu dalam Perikatan Nasional untuk pilihan raya umum ke-15 (PRU15), itu keputusan mereka dan kita tidak akan halang,” katanya dalam kenyataan.

Bagaimanapun Isham berkata, Umno tidak akan menerima sebarang syarat kerjasama yang memaksa parti itu menyerahkan “kerusi-kerusi lompat” kepada Bersatu.

Ini kerana katanya, akar umbi dan pemimpin parti telah membuat keputusan dalam Perhimpunan Agung Umno (PAU) untuk tidak bekerjasama dengan Bersatu.

“Sebab jika kita terima dan bekerjasama dengan mereka, rakyat akan hukum kita pula dalam PRU15, sebagaimana rakyat telah menghukum pelompat parti pada pilihan raya negeri Melaka baru-baru ini.

“Sekiranya kita (BN) terpaksa pergi solo lagi, maka kita terima hakikat itu dan akan teruskan kecekalan dan usaha untuk mencapai kejayaan di atas kaki dan kekuatan sendiri dan kita tidak perlu was-was, kurang keyakinan atau lemah semangat,” katanya. FMT

Kalau PAS enggan kerjasama, Umno tak paksa


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU

Maradona Dikebumikan Tanpa Jantung, Mahu Elak Dicuri Oleh Peminat

Guna Android Box Tonton Siaran Swasta Tapi Tak Bayar, Ini Respon Mufti

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker