Rakyat akan hukum BN jika serah kerusi lompat kepada PPBM

Sebaran :

Rakyat akan hukum BN jika serah kerusi lompat kepada PPBM

Barisan Nasional (BN) akan dihukum oleh rakyat dalam Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang sekiranya menyerahkan ‘kerusi lompat’ kepada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).

Penasihat Komunikasi BN, Isham Jalil berkata, hukuman kepada pelompat parti yang ditunjukkan rakyat Melaka pada pilihan raya negeri Sabtu lalu harus dijadikan peringatan.

“Sebab jika kita terima dan bekerjasama dengan mereka, rakyat akan hukum kita pula dalam PRU-15, sebagaimana mereka telah menghukum pelompat-pelompat parti di PRN Melaka baru-baru ini.



“Sekiranya BN terpaksa pergi solo lagi, maka kita terima hakikat itu dan akan teruskan kecekalan dan usaha untuk mencapai kejayaan di atas kaki dan kekuatan sendiri, dan kita tidak perlu was-was, kurang keyakinan atau lemah semangat.

“Dalam perjuangan perlu tetapkan keyakinan diri diiringi dengan usaha, kecekalan, kesabaran dan doa kepada Allah SWT. InshaAllah kita akan berjaya,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mengenai pendirian Pas, Ketua Penerangan BN Selangor itu berkata, terpulang kepada parti itu untuk bekerjasama atau tidak dengan sesiapa sahaja yang mereka suka.

“BN tidak boleh paksa mereka untuk bekerjasama sebagaimana mereka juga tidak boleh paksa kita untuk bekerjasama dengan sesiapa. Tiada paksaan dalam Islam.



“Jika Pas ingin teruskan kerjasamanya dengan PPBM dalam Perikatan Nasional (PN) untuk PRU-15, itu keputusan mereka dan kita tidak akan halang.

“Saya ucapkan selamat maju jaya kepada sahabat kita Pas dalam apa pun keputusan yang mereka buat,” katanya.

Apa pun, katanya, BN tidak boleh terima jika ada apa-apa syarat kerjasama yang memaksanya untuk menyerahkan kerusi tertentu kepada pihak lawan.

Kata beliau, akar umbi dan kepimpinan UMNO telah membuat keputusan dalam perhimpunan agungnya untuk tidak bekerjasama dengan parti pengkhianat, katak dan pelompat parti iaitu PPBM. MG



Rakyat akan hukum BN jika serah kerusi lompat kepada PPBM


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU

Maradona Dikebumikan Tanpa Jantung, Mahu Elak Dicuri Oleh Peminat

Guna Android Box Tonton Siaran Swasta Tapi Tak Bayar, Ini Respon Mufti


Sebaran :

Leave a Reply