Zidane tolak tawaran Manchester United

Sebaran :

Zidane tolak tawaran Manchester United

LONDON: Zinedine Zidane dilaporkan menolak tawaran Manchester United untuk menjadikannya pengurus baharu mereka di Old Trafford.

Legenda Perancis dan Real Madrid itu menjadi sasaran No. 1 United selepas pemecatan Ole Gunnar Solskjaer semalam.

Menurut akhbar Britain, The Sun, United sudahpun menghubungi Zidane, namun jurulatih berusia 49 tahun itu tidak berminat membimbing Red Devils buat masa ini.



Memetik sumber dalaman Real, Zidane dikatakan lebih berminat menjadi ketua jurulatih skuad kebangsaan Perancis atau melatih gergasi bola sepak negara itu, Paris Saint-Germain (PSG).

United juga dikatakan sudah menghubungi pengurus Leicester City, Brendan Rodgers, manakala Cristiano Ronaldo mencadangkan pengurus Sepanyol, Luis Enrique sebagai pengendali baharu Red Devils. Utusan

Zidane tolak tawaran Manchester United


Baca Artikel Menarik :



Layari Laman Facebook MYKMU

Isteri Fizo, cantik dan bijak – Netizen

PN kalah di PRN Melaka kifarah atas kesombongan Muhyiddin


Sebaran :

Leave a Reply