Aduan penerbangan lewat dipulih, pesawat ‘direhat’

Aduan penerbangan lewat dipulih, pesawat ‘direhat’

Semua aduan berkaitan penjadualan semula dan kelewatan penerbangan telah dipulihkan, kata Menteri Pengangkutan Wee Ka Siong.

Beliau berkata, manakala pesawat yang menghadapi masalah teknikal “direhatkan” daripada perkhidmatan untuk penyelenggaraan lebih teliti.



“Kerajaan bersimpati dengan nasib menimpa mereka (penumpang) dan berusaha menyelesaikan masalah ini dengan syarikat penerbangan.

“Setelah melakukan rundingan dan siasatan, syarikat penerbangan terbabit diarahkan untuk segera menyelesaikan isu teknikal yang dialami oleh penumpang,” katanya dalam kenyataan.

Sebelum ini, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Alexander Nanta Linggi menggesa Kementerian Pengangkutan dan Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (Mavcom) lebih proaktif berhubung isu kelewatan dan penjadualan semula penerbangan domestik melibatkan syarikat penerbangan AirAsia.

Beliau berkata, pihak Kementerian Pengangkutan dan Mavcom perlu tampil mencari penyelesaian terbaik.



Dalam pada itu, Wee berkata kementeriannya mengarahkan syarikat penerbangan memantau dengan lebih baik isu teknikal berkaitan perkhidmatan penerbangan dan menyampaikan maklumat kepada penumpang bagi mengurangkan kesulitan dihadapi.

Katanya, sejak beberapa hari lalu, Kementerian Pengangkutan dan agensi berkaitan penerbangan, Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) dan Mavcom menerima dan menyiasat laporan penumpang di beberapa saluran termasuk media sosial yang memberi maklum balas mengenai pengalaman mereka menggunakan perkhidmatan penerbangan.

“Kebanyakan aduan dibuat berkait dengan trafik penumpang yang lebih tinggi daripada biasa semasa musim perayaan sehinggakan syarikat penerbangan terpaksa menggunakan sepenuhnya pesawat mereka untuk memenuhi permintaan.

“Kementerian Pengangkutan meminta orang ramai kekal tenang dan terus memberi maklum balas terperinci kepada syarikat penerbangan bagi menyelesaikan sebarang isu operasi yang berlaku,” katanya.



Wee turut memaklumkan pihak berkuasa telah menegur pihak terlibat untuk memastikan pematuhan peraturan teknikal, ekonomi dan keselamatan serta tidak akan teragak-agak mengambil tindakan terhadap pengendali yang gagal berbuat demikian.

“Adalah penting bagi syarikat penerbangan untuk menambah baik saluran komunikasi antara penumpang dan pelanggan bagi memastikan mereka menerima maklumat berhubung status penerbangan,” katanya. FMT

Aduan penerbangan lewat dipulih, pesawat ‘direhat’


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Pemandu bawah umur, pemilik MPV langgar mati dikena tindakan berat

Sakit hati tengok Maria Farida terlalu lawa



Muda didesak jelaskan kes manipulasi saham penny stock



Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker