MRT3: Rafizi beri kata dua, jangan roboh rumah penduduk

KUALA LUMPUR: Menteri Ekonomi Rafizi Ramli akan mengadakan pertemuan dengan Mass Rapid Transit Corporation Sdn Bhd (MRT Corp) dan Prasarana berhubung kebimbangan penduduk Pandan mengenai rumah mereka dirobohkan untuk pembinaan MRT3.

“Ini isu yang lama tertunggak kerana cadangan jajaran asal (MRT3) akan melibatkan sebahagian besar Pandan, termasuk dua kawasan kediaman, Taman Kencana dan Taman Bakti.

“Ia akan menjejaskan ribuan orang, dan ia bukan hanya mengenai pembinaan (MRT). Ia adalah tentang kediaman yang perlu dirobohkan,” kata Rafizi kepada pemberita selepas sesi dialog awam Pandan yang pertama bagi 2023.



Rafizi memberikan jaminan kepada penduduk bahawa terdapat cara untuk menjajarkan semula laluan MRT3 tanpa perlu merobohkan bangunan kediaman.

“Itulah yang akan saya usahakan dengan MRT Corp dan pihak berkuasa,” katanya.

“Walaupun saya faham projek itu telah diluluskan dan akan dijalankan, saya tidak nampak bagaimana kita boleh mewajarkan mengambil rumah penduduk yang telah tinggal di sana selama 30 hingga 40 tahun.”

Beliau juga berkata, walaupun secara tidak rasmi sudah bercakap dengan Menteri Pengangkutan Loke Siew Fook mengenai perkara itu, beliau akan menghubungi kementerian itu secara rasmi dalam tempoh beberapa minggu akan datang.



“Saya akan menulis kepada mereka (Kementerian Pengangkutan) secara rasmi untuk menyatakan pendirian saya sebagai Ahli Parlimen Pandan, agar jajaran tidak melibatkan kediaman,” katanya.

Pada 31 Dis, Rafizi bertemu dengan penduduk Taman Kencana dan Taman Bakti untuk mendengar cadangan mereka dan menyampaikan kebimbangan mereka kepada Kementerian Pengangkutan, dengan harapan ia akan memberikan impak minimum kepada kawasan kejiranan terbabit.

MRT3 sepanjang 50.8km itu ialah laluan terakhir dalam rangkaian rel bandar Kuala Lumpur.

Menurut laman web MRT Corp, landasan itu sepanjang perimeter Kuala Lumpur dan akan disambungkan ke laluan MRT, LRT, KTM dan Monorel sedia ada melalui 10 persimpangan.



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Myvi ‘selamba’ berhenti tengah jalan, acah-acah gengster bila kena tegur [VIDEO]



Lima ADUN BN Sabah bakal dikenakan tindakan – Bung Moktar

Ustaz Jakim kutuk Kerajaan Perpaduan disiasat



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker