Penarik lanca bakal warisi harta peninggalan balu kaya bernilai RM561,514

Penarik lanca bakal warisi harta peninggalan balu kaya bernilai RM561,514

NEW DELHI: Seorang penarik lanca tidak menyangka kehidupannya bakal berubah selepas dia bakal mewarisi harta peninggalan berjumlah 1 crore rupee (RM561,514).

Lapor Hindustan Times, Budha Samal bakal mewarisi harta milik seorang balu kaya, Minati Patnaik.

Antara harta yang bakal diwariskan kepada penarik lanca berusia 53 tahun itu termasuk rumah dan semua harta di dalamnya.

Menurut Patnaik, dia mewariskan semua hartanya kepada Samal kerana terhutang budi dengan lelaki itu dan keluarganya yang sering membantunya.

“Selepas kehilangan suami dan anak perempuan saya pada tahun lalu, saya tinggal keseorangan menunggu mati.

“Saya tidak boleh bawa kekayaan ke kubur, jadi saya perlu serahkan semua ini kepada golongan yang amat memerlukan dan Samal serta keluarganya merupakan pilihan terbaik,” kata wanita tersebut.

Jelas Patnaik, dia sentiasa ingin menyumbang kepada golongan miskin.

Katanya, Samal banyak membantu keluarganya sejak 25 tahun yang lalu dan amat berterima kasih kepada lelaki tersebut.

Suami Patnaik yang merupakan seorang ahli perniagaan meninggal dunia pada usia 70 tahun kerana kanser.

Enam bulan kemudian, anak tunggalnya yang berusia 31 tahun meninggal dunia akibat serangan jantung.

Sedih dengan perkara yang berlaku, Samal dan keluarganya sering membantu Patnaik di rumahnya.

Samal sering membawa Patnaik ke hospital dan menyediakan makan serta minum wanita itu.

Sementara itu, Samal menzahirkan rasa syukur dengan rezeki yang diperolehnya dan menyifatkannya seperti bermimpi.

“Kami akan terus berkhidmat untuk Patnaik selagi dia hidup,” ujarnya. Utusan

Penarik lanca bakal warisi harta peninggalan balu kaya bernilai RM561,514


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU

Isteri Fizo, cantik dan bijak – Netizen

PN kalah di PRN Melaka kifarah atas kesombongan Muhyiddin

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker