Asap Pun Boleh Dibuat Berniaga, Kisah Budak Penjual Asap

Asap Pun Boleh Dibuat Berniaga, Kisah Budak Penjual Asap

Kabul: Kumpulan mereka digelar ‘budak penjual asap’ atau ‘ kanak-kanak tin’ yang berkeliaran sekitar kota Kabul untuk menagih simpati terutama di lokasi tumpuan ramai.

Dengan wajah comot dan pakaian lusuh, kelibat kanak-kanak ini sering kali ditemui berpeleseran di kaki lima kedai dengan membawa bekas tin berkarat diikat dawai panjang.



Di dalamnya berisi bara kayu yang akan mengeluarkan asap putih wangi sebaik dicampakkan serbuk halus dikeluarkan dari poket baju atau beg dibawa.

Bau dihasilkan seolah-olah wangian dipanggil ‘bukhoor’ iaitu campuran kayu gaharu dan kemenyan.

Penulis yang menelusuri kota ini mendapati kumpulan gelandangan kecil atau pengemis kanak-kanak mudah ditemui bergerak antara dua hingga tiga orang dalam satu kumpulan kecil.

Mereka akan menghampiri orang ramai yang sedang berjalan kaki atau kenderaan berhenti akibat kesesakan sebelum meniup asap putih wangi dihasilkan ke arah muka.



Mereka kemudian akan segera menadah tangan dan meminta sumbangan wang selain mengekori rapat ‘sasaran’ yang sudah menghidu asap dihasilkan.

Berhati-hati jika ‘berurusan’ dengan kanak-kanak ini berikutan mereka boleh bertukar menjadi amat agresif dan ganas sekelip mata.

Penulis sendiri berdepan situasi cemas apabila ‘kanak-kanak tin’ ini mengekori penulis sejauh hampir 50 meter dan memaksa supaya diberikan wang.

Malah, seorang daripada wakil badan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dari Malaysia turut diserang dan disepak hingga jatuh kerana enggan melayani permintaan kanak-kanak itu.



Kanak-kanak itu juga tidak teragak-agak mengejar serta mengetuk bas atau kereta yang tidak mengendahkan mereka.

Seorang peniaga makanan shawarma di Jalan Zargona di sini, Aabdar Majed, 42, berkata, bilangan pengemis kanak-kanak itu semakin meningkat sejak pengunduran tentera Amerika Syarikat pada pertengahan Ogos lalu.

Menurutnya, isu kebuluran dan pengangguran menyebabkan kanak-kanak itu terpaksa berkeliaran sepanjang hari untuk mencari rezeki serta membantu keluarga.

“Mereka bukanlah kanak-kanak Kabul. Kebanyakan mereka berhijrah bersama keluarga dari kawasan pedalaman Afghanistan. Mereka percaya mudah memperoleh wang dan makanan di kota Kabul.



“Biasanya mereka tinggal di khemah kotak atau kanvas dibina di kawasan taman rekreasi atau padang permainan.

“Anak mereka akan berkeliaran mengemis dan meminta sedekah sebelum hasilnya dibawa pulang,” katanya.

Dia berkata, jumlah pengemis kanak-kanak yang meningkat itu amat membimbangkan apatah lagi ia turut dilakukan kanak-kanak perempuan seawal usia empat tahun.

“Saya juga ada anak perempuan, apa akan jadi jika ada individu berniat jahat menculik kanak-kanak ini. Mereka boleh dijual atau diseludup ke luar negara.



“Dalam keadaan suasana politik dan keselamatan yang belum stabil ini, pelbagai kemungkinan buruk boleh berlaku,” katanya yang kerap memberikan sedekah roti naan kepada golongan terbabit.-HM

Asap Pun Boleh Dibuat Berniaga, Kisah Budak Penjual Asap

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392



Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Myvi baharu mula dijual, harga bermula RM45,700

Fitnah terbaru RM100j, Najib sekolahkan balik Mahathir

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker