Doktor dikritik makan najis lembu

Doktor dikritik makan najis lembu

SEORANG pakar kanak-kanak India dikritik warga maya selepas dia dirakam memuji kebaikan makan najis lembu sambil makan tahi haiwan itu di hadapan kamera.

Menurut netizen, sebagai pengamal perubatan profesional, Dr Manoj Mittal tidak patut berbuat demikian dan lesen perubatannya wajar perlu ditarik balik.



Dalam video itu, Mittal boleh dilihat mengambil najis lembu dan dengan santai makan sebahagian tahi tersebut seolah-olah ia adalah roti.

Gerak isyaratnya mendapat pelbagai reaksi di media sosial, dengan ada pengguna memujinya kerana mengamalkan perubatan tradisional India manakala pengguna lain menuduhnya menolak logik saintifik untuk menyebarkan kegilaan tersebut.

Seorang pengguna Facebook berkata, Majlis Perubatan India harus mengambil perhatian terhadap perkara itu selain membatalkan lesennya untuk mengamalkan profesion perubatan.

“Sebagai pakar pediatrik, dia tidak sepatutnya menasihatkan pengambilan najis lembu kepada kanak-kanak kecil yang tidak bersalah,” kata pengguna itu sebagai lapor Oddity Central.



Tulis seorang lagi pengguna:”Sarjana Muda Perubatan Sarjana Muda ‘merepek’.”

Bagaimanapun masih ada netizen yang memuji tindakan Mittal yang dakwanya mempromosikan perubatan tradisional India.

Perubatan tradisional India telah lama mempromosikan najis lembu sebagai ubat yang bukan sahaja boleh mengelakkan penyakit seperti kanser malah juga Covid-19.

Mittal dalam video itu didapati berkata, setiap bahagian najib lembu sangat berharga kepada manusia.



““Lihat, jika kita makan tahi lembu, maka badan dan fikiran kita menjadi suci. Jiwa kita menjadi suci apabila ia memasuki badan kita, ia menyucikan badan kita,” katanya. Utv

Doktor dikritik makan najis lembu


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU

Myvi Facelift 2022 mula masuk showroom?



Langgar SOP: “YB Pekan Sentiasa Dalam Perhatian Saya” – Khairy Jamaluddin



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker