Ramai masuk tandas makan ayam tiga kali pedas

Ramai masuk tandas makan ayam tiga kali pedas

Menikmati seketul ayam goreng garing bersalut tepung yang diadun dengan rempah istimewa merupakan antara nikmat dunia mungkin tidak dapat dilupakan oleh penggemar hidangan itu.

Bagaimanapun, nikmat tersebut dilihat seakan hilang apabila ramai pengguna media sosial mula berkongsi pengalaman ngeri selepas menikmati ayam tiga kali pedas yang ditawarkan di salah sebuah makanan segera baru-baru ini.



Menerusi perkongsian pengguna media sosial di Twitter, ramai antara mereka mendakwa terpaksa berulang-alik ke tandas hingga beberapa kali sejurus menikmati hidangan ayam goreng berkenaan.

Lebih mengejutkan, ada juga individu terpaksa dimasukkan ke hospital selain menerima rawatan di klinik selepas mengalami masalah cirit-birit teruk.

“Kali ke lima masuk ke tandas lepas makan ayam tiga kali pedas,” kongsi @aiskrimyogurt.

“Menyesal makan ayam tiga kali pedas, sudah beberapa kali masuk tandas,” jelas @naqikhalid.



“Ayam tiga kali pedas tidak pedas sebenarnya, tapi lepas makan perut punya terseksa, Allah saja tahu. Aku cirit-birit lepas makan dan rasa sangat pedih. Aku tak tahu kimia apa yang diletakkan dalam itu, tapi pastinya bukan lada,” kata @doctor_1998usm

Dalam pada itu, menerusi perkongsian @ctyamalina selepas menikmati ayam tiga kali pedas menyebabkan dia perlu memandu sendirian ke Hospital Shah Alam bagi mendapatkan rawatan.

Ekoran daripada kesakitan itu, gadis berkenaan turut menerima tiga suntikan bagi mengurangkan ‘refluks acid’ dalam perut.

“Doktor masih membuat pemeriksaan jika terdapat reflux acid, saya tidak akan beli lagi ayam pedas itu. Jika kalian mahu makan juga, saya cadangkan sediakan ubat sebelah anda,” ciapnya. K Online



Ramai masuk tandas makan ayam tiga kali pedas


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU

Myvi Facelift 2022 mula masuk showroom?



Langgar SOP: “YB Pekan Sentiasa Dalam Perhatian Saya” – Khairy Jamaluddin

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker