Proton X70 milik pegawai kastam musnah angkara khianat
Proton X70 milik pegawai kastam musnah angkara khianat
Sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) jenis Proton X70 dipercayai milik seorang pegawai kastam musnah terbakar disyaki akibat perbuatan khianat dalam kejadian di sebuah premis membasuh kenderaan di Taman Pandamaran Permai, pagi tadi.
Difahamkan ketika kejadian kenderaan tersebut ditinggalkan di kedai untuk tujuan mengilatkan SUV berkenaan.
Ketua Cawangan Pusat Gerakan Operasi Bomba Selangor, Zulfikar Jaffar berkata, seramai tujuh anggota termasuk pegawai bersama sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Pelabuhan Klang bergegas ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan pukul 11.03 pagi.
“Bomba yang tiba 11 minit kemudiannya segera melakukan pemadaman dengan SUV itu musnah 90 peratus selain kebakaran turut melibatkan sedikit bahagian bumbung kedai.
“Tiada mangsa terlibat dengan kebakaran dipercayai perbuatan khianat,” katanya dalam kenyataan hari ini. K Online
Proton X70 milik pegawai kastam musnah angkara khianat
Baca Artikel Menarik :
- Jawapan kepada tuduhan PAS kepada UMNO
- Pelajar perempuan cedera selepas terjun bangunan sekolah
- Arab Saudi bina kompleks industri terapung terbesar dunia [VIDEO]
- PRN Melaka: BN dijangka menang, vote swing kepada mereka – Ilham Centre
- PRN Melaka: Mas Ermieyati tidak yakin PN menang
- Pilihan pelaburan untuk nikmati pendapatan RM7,000 sebulan
- Roti canai terbang landing atas kepala pelanggan (video)
- PRN Melaka: Sah wujud dua kem dalam Bersatu
- ‘Minta Netizen Jangan Sibuk’, Nampak Macam Baby Shima Bercium Di Kelab Malam [VIDEO]
- Roti Canai Kayu Arang Viral
- Khasiat bunga telang, bukan sembarangan bunga
Layari Laman Facebook MYKMU
Myvi Facelift 2022 mula masuk showroom?
Langgar SOP: “YB Pekan Sentiasa Dalam Perhatian Saya” – Khairy Jamaluddin