PRN Melaka: Peguam Jawab Fitnah Mengenai Rumah Rauf

Oleh Bamjekk

Tular hari ini di dalam group whatsapp dan media sosial kononnya Datuk Seri Abdul Rauf Yusoh Pengerusi Barisan Nasional (BN) Negeri Melaka menerima sebuah rumah anugerah kerajaan negeri semasa menjadi Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka di Taman Straitcourtyard Kota Syahbandar.

Dalam kenyataan itu, mereka yang telah menuduh Datuk Seri Ab Rauf menerima rumah tersebut dari sebuah syarikat pemaju hartanah yang bernilai RM 2.5 juta daripada syarikat KT Lee Group sebagai habuan bagi membantu syarikat tersebut mendapatkan projek-projek berkaitan pasir di negeri ini.

Sedangkan pada ketika itu Datuk Seri Ab Rauf hanya menjadi YB Speaker dalam tempoh 17 bulan bermula 11 Mei 2020 setelah BN mengambil alih pentadbiran negeri Melaka selepas penarikan diri beberapa ADUN dari kerajaan PH ketika itu.

Sehubungan dengan itu, peguam Datuk Mohd Adli Ithnin yang mewakili Adli & CO tampil memberi penjelasan bagi pihak Datuk Seri Ab Rauf yang mana mendedahkan salinan perjanjian sewa beli antara LVS Properties Sdn. Bhd. dengan Datuk Seri Ab Rauf Yusoh dimana perjanjian itu selama 2 tahun bersama jumlah sewaan bulanan RM10,000 setiap bulan.

Katanya dalam temubual khas bersama mykmu.net petang ini di perkarangan Villa D Acqua, Kampung Pulau, Masjid Tanah.

Menurut Mohd Adli, perjanjian itu selama tempoh 2 + 1 tahun yang mana telah di tandatangani oleh kedua-dua belah pihak dan beliau menjadi pemegang amanah tersebut dalam tempoh itu.

‘tiada isu dalam perkara ini kerana ianya adalah perjanjian biasa dalam penyewaan rumah diantara pemaju dan orang perseorangan dan mempunyai dokumen yang lengkap mengikut lunas undang-undang’

‘Perkara ini berbangkit kerana Datuk Seri Ab Rauf telah menjadi seorang calon bagi mewakili BN di dewan undangan negeri (DUN) N.02 Tanjung Bidara pada PRN kali ini, pada saya perkara ini adalah satu tomahan dan fitnah yang berniat jahat terhadap Datuk Seri’

‘Saya menafikan sekeras-kerasnya berita yang telah ditularkan di dalam media sosial sejak pagi tadi dan jika mana-mana individu yang terus menularkannya lagi selepas ini, pihak kami tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan mahkamah kepada meraka yang terlibat, katanya lagi.

 


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker