Kalau hujan kami basah dalam rumah

Kalau hujan kami basah dalam rumah

Seorang ibu tunggal bersama lima anaknya terpaksa tinggal di sebuah rumah kecil yang diperbuat daripada bahan terbuang di Kampung Batu 2, Jalan Gurun-Jeniang di sini sejak 10 tahun lalu.

Menurut Rosliza Awang Mat, 49, kesempitan hidup mengakibatkan dia serta tiga anak lelaki dan dua perempuan berusia antara 10 hingga 21 tahun tiada pilihan selain mendiami rumah tersebut yang dibina di atas ta­nah rizab Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK).



Katanya, keadaan rumah yang sempit memaksa dia menggunakan kain untuk memisahkan beberapa bahagian bagi dijadikan tiga bilik kecil.

“Rumah yang kami diami ini tidak sempurna selain bumbung bocor menyebabkan kami enam beranak sering kebasahan apabila hujan.

“Kami tiada pilihan dan terpaksa tinggal di sini kerana tidak mampu menyewa rumah lebih selesa kerana sering kesempitan wang,” katanya semasa ditemui di rumahnya di sini baru-baru ini.

Selain lima anak yang tinggal bersamanya, Rosliza mempunyai dua lagi anak perempuan dan seorang anak lelaki berusia 25 hingga 29 tahun yang tinggal berasingan selepas masing-masing mendirikan rumah tangga.



Tinjauan mendapati din­ding rumah Rosliza sebahagian besarnya diperbuat daripada papan lapis, manakala bumbung menggunakan zink terpakai selain turut dipasang kain kanvas di bahagian hadapan untuk mengelak dimasuki air hujan.

Sementara itu, bekalan elektrik diambil dari kedai membaiki motosikal di tepi jalan utama, manakala bekalan air pula diperoleh dari telaga tiub.

Rosliza berkata, sebelum ini dia dan keluarganya mengusahakan sebuah kedai makan berse­belahan kedai membaiki motosikal anaknya.

“Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat pandemik Covid-19 dua tahun lalu menyebabkan kami kehilangan punca pendapatan apabila kedai terpaksa ditutup kerana tiada pelanggan,” katanya.



Tambahnya, dia kini bergantung hidup dengan bantuan anak-anak selepas tidak lagi tinggal bersama suami.

Orang ramai yang ingin menyumbang boleh berbuat demikian melalui akaun Public Bank 47981895-20 milik Rosliza Awang Mat atau menghubu­nginya di talian 019-3557391. K Online

Kalau hujan kami basah dalam rumah


Baca Artikel Menarik :



Layari Laman Facebook MYKMU

Myvi 2022, ini 9 ciri menarik pada model kali ini

Lawak ‘Terlampau’ – Puteh mohon maaf kepada Najib



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker