Lelaki jolok pen dalam kemaluan kanak-kanak dijel 7 tahun
Lelaki jolok pen dalam kemaluan kanak-kanak dijel 7 tahun
KUANTAN – Mahkamah Sesyen Kuantan di sini pada Selasa menjatuhi hukuman penjara tujuh tahun dan satu sebatan terhadap bekas pencuci kereta atas pertuduhan memasukkan sebatang pen ke dalam kemaluan seorang kanak-kanak pada 11 tahun lalu.
Hakim Mohd Kafli Che Ali memerintahkan hukuman itu terhadap Lim Ming Soon, 41, selepas tertuduh mengaku bersalah terhadap pertuduhan itu.
Mahkamah mengarahkan Ming Soon menjalani hukuman penjara bermula tarikh tertuduh ditangkap iaitu pada 11 September tahun lalu.
Ming Soon mengaku bersalah dengan sengaja melakukan perhubungan seksual dengan memasukkan sebatang pen ke dalam kemaluan kanak-kanak berumur lima hingga enam tahun tanpa kerelaannya.
Perbuatan itu dilakukan oleh tertuduh di sebuah rumah di Lorong Air Putih di sini pada jam 1 hingga 7 petang, di antara tahun 2011 hingga 2012.
Tertuduh didapati bersalah mengikut Seksyen 377 CA Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak melebihi 30 tahun dan boleh dikenakan sebatan.
Sebelum itu, peguam mewakili tertuduh, Mohamad Hamizey Mat Taib memohon agar mahkamah mengurangkan hukuman terhadap anak guamnya atas alasan tertuduh telah menjimatkan masa pendakwaan dan mahkamah.
Mohamad Hamizey berkata, tertuduh telah memberi kerjasama yang baik terhadap pihak polis sepanjang siasatan dilakukan. Sinar
Lelaki jolok pen dalam kemaluan kanak-kanak dijel 7 tahun
Baca Artikel Menarik :
- Netizen Indonesia ‘koyak’ selepas Adidas akui wayang kulit dari Malaysia
- OPPO A95 mula ditawarkan di pasaran
- PAS kata PN tidak terkesan Ahli PAS Melaka sokong BN
- i-Serve Online Mall diserbu, wang tunai RM118.7 juta dirampas
- Melampau jika SJKC mahu diinstitusikan?
- Myvi 2022, ini 9 ciri menarik pada model kali ini
- Caprice bernikah dengan ibu tunggal dari Kelantan
- Sanusi terima hadiah dari TMJ/a>
- Keluarkan motosikal kapcai daripada pasaran secara berperingkat
- Mufti Pulau Pinang tegur Menteri Besar Kedah
- Kedai Makan Asam Pedas Melaka Paling Sedap – Taraf Kayangan [Bahagian 2]
Layari Laman Facebook MYKMU
Mawar Rashid dilabel materialistik
You must be logged in to post a comment.