#PRNMELAKA2021: Ketua Menteri, Muhyiddin Pilih Mas

Oleh Megat Terawih

Kem Perikatan Nasional akhirnya menemui jalan buntu untuk memilih siapa akan jadi Ketua Menteri sekiranya mereka menang di pilihanraya negeri ini.

Akar umbi termasuk ketua-ketua cabang dilihat lebih menyokong Rafiq untuk mengisi jawatan tersebut.

Alasan penyokong Rafiq kerana Mas sudah menjawat jawatan timbalan menteri dan adun sekiranya menang. Adakah tidak cukup dengan dua jawatan tersebut sehinggakan hendak dibolot kesemuanya termasuk jawatan Ketua Menteri?

Sepanjang menjadi timbalan menteri, dari era Najib, Mahathir dan Ismail, beliau dilihat gagal membawa pembangunan kepada manfaat rakyat setempat khasnya. Bagaimana beliau ingin menjaga kebajikan rakyat Melaka keselurunnya?

Isu duit puteri UMNO pun beliau tidak berani nafikan. Kemana pergi duit parti UMNO yang dia ambil dan sepatutnya beliau kembalikanlah bila dah tinggalkan UMNO. Ini antara keluhan akar umbi.

Namun Muhyiddin bertegas, jawatan ketua menteri milik Mas Ermi.

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker