Fenomena ‘Mana Mana Rancak, Berdosa!’ Jadi Trend (video)
Fenomena ‘Mana Mana Rancak, Berdosa!’ Jadi Trend (video)
“HARI ini rancak, di sini rancak, di sana rancak, berdosa! Iya, di sana mau rancak, di mana-mana rancak, berdosa! Berdosa…”
Begitulah ungkapan perkataan yang disebut seorang pemuda yang menjadi trend dan ikutan di media sosial kini.
Menerusi sebuah video dimuat naik pemuda dikenali @ahmadsaffuan86 di TikTok, bunyi ‘di sini rancak, di sana rancak, mana-mana rancak, berdosa!’ itu disebut sebagai ‘hiburan’.
Malah sebutan tersebut juga diguna pakai orang ramai pelbagai peringkat usia termasuk kanak-kanak.
Bagi korang yang sedang tertanya-tanya siapakah individu pemilik suara sebenar yang digilai ramai itu, difahamkan pemuda itu seorang pemandu lori.
Melihat kepada rakaman yang dibuat sehingga menjadi fenomena, pemuda tersebut berada di sebuah tempat yang dipenuhi lori besar.
Ternyata ayat yang dituturkan menjadi kegemaran warga maya sehingga bunyi yang dihasilkan diguna pakai oleh pengguna media sosial lain menjadi suara latar bagi video-video kelakar.
Menjengah ke ruangan komen posting yang telah mendapat hampir 4 juta tontonan di TikTok itu, rata-rata terhibur dengan video tersebut.
Ujar mereka;
“Oh ini yang buat satu sekolah saya ‘zikir’ ni…”
“Sebab video inilah adik beradik aku duk ulang perkataan yang sama hari-hari.”
“Abang ni ke pemilik suara? Nak tidur pun i dok rancak, rancak!”
“Akhirnya aku jumpa video yang kawan aku duk sebut-sebut ayatnya. Haih dosa ke saya gelak?”
“Abang punye tag line ni dah boleh claim royalti bang!”
“Bang, saya gelak sampai nak pengsan. Bedosa tak ni saya gelak tak berhenti.”
Bagaimanapun pemilik tiktok tersebut menafikan ia adalah rekaannya.
[videopress 6lhrK62A]Fenomena ‘Mana Mana Rancak, Berdosa!’ Jadi Trend (video)
Baca Artikel Menarik :
- Netizen Indonesia ‘koyak’ selepas Adidas akui wayang kulit dari Malaysia
- OPPO A95 mula ditawarkan di pasaran
- PAS kata PN tidak terkesan Ahli PAS Melaka sokong BN
- i-Serve Online Mall diserbu, wang tunai RM118.7 juta dirampas
- Melampau jika SJKC mahu diinstitusikan?
- Myvi 2022, ini 9 ciri menarik pada model kali ini
- Caprice bernikah dengan ibu tunggal dari Kelantan
- Sanusi terima hadiah dari TMJ/a>
- Keluarkan motosikal kapcai daripada pasaran secara berperingkat
- Mufti Pulau Pinang tegur Menteri Besar Kedah
- Kedai Makan Asam Pedas Melaka Paling Sedap – Taraf Kayangan [Bahagian 2]
Layari Laman Facebook MYKMU
Mawar Rashid dilabel materialistik