Indeks Daya Huni Malaysia diperkenalkan – Ismail

Sebaran :

Indeks Daya Huni Malaysia diperkenalkan – Ismail

Kerajaan akan memperkenalkan Indeks Daya Huni Malaysia atau Malaysia Livability Index yang menjadi pengukuran berimpak tinggi kepada semua lokaliti di negara ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, indeks yang dilaksanakan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) itu akan memastikan perancangan perbandaran.

Jelas beliau, ia dirangka khususnya untuk Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dengan mengambil kira kesemua kriteria di bawah Rancangan Fizikal Negara Ke-4 (RFN Ke-4).



Jelas beliau Indeks Daya Huni juga akan digunakan sebagai satu instrumen dasar ke arah menilai kemampanan bandar agar matlamat RFN Ke-4 dengan didasari Rancangan Malaysia Ke12 (RMK12) dapat dicapai.

“Saya yakin, pelaksanaan RFN Ke-4 ini akan menerima komitmen semua pihak khususnya Kementerian dan agensi-agensi di peringkat Persekutuan mahu pun negeri.

“Di seluruh dunia, Daya Huni atau Livability menjadi satu instrumen penting dalam menarik pelaburan dan menjadikan persekitaran mesra pelabur. Ini termasuklah soal last-mile connectivity, akses kepada internet, akses kepada kemudahan awam dan pelbagai lagi faktor yang diambil kira dengan menjadikan rakyat sebagai teras utama penerima manfaat.

“Bagi melihat keseluruhan pelaksanaan RFN Ke-4 serta aspek daya huni yang boleh memberi nilai tambah dalam merancakkan ekonomi negara, sukacita saya umumkan bahawa satu Indeks Daya Huni Malaysia atau Malaysia Livability Index akan diperkenalkan oleh KPKT melalui peranan PLANMalaysia,” katanya.



Beliau berkata demikian ketika melancarkan Majlis Sambutan 100 Tahun Profesion Perancang Bandar di Malaysia (100PBM) di sini hari ini.

Turut hadiri, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican dan timbalannya, Datuk Seri Dr Ismail Abd. Mutalib.

Mengulas lanjut, Ismail Sabri berpendapat, profesion perancang bandar sebagai the silent hero yang menjadi titik mula kesemua pembangunan fizikal negara yang merangkumi Rancangan Struktur serta Rancangan Tempatan secara menyeluruh di semua peringkat kerajaan.

Menurut beliau, profesion itu yang sudah menjangkau 100 tahun temah melalui evolusi dan transformasi yang cukup panjang dalam membina negara ini.



“Di kesempatan ini, saya ingin merakamkan ucapan syabas dan tahniah kepada semua perancang bandar sama ada yang bertugas di peringkat Persekutuan, Negeri, PBT, Institut Pengajian Tinggi Awam, NGO, mahu pun perunding-perunding swasta; baik yang masih berkhidmat atau yang sudah bersara.

“Sekalung tahniah juga saya ucapkan kepada PLANMalaysia, selaku peneraju, pakar rujuk dan penasihat Kerajaan dalam perancangan bandar dan desa kerana pro-aktif melaksanakan pelbagai program untuk meraikan Sambutan 100 Tahun Profesion Perancang Bandar di Malaysia.

“Bertepatan tema sambutan pada hari ini, iaitu ‘100 Tahun Perancang Bandar Menerajui Malaysia Berdaya Huni, Makmur dan Sejahtera’ saya berharap komitmen profesion perancang bandar akan terus gemilang bagi mewujudkan pembangunan bandar mampan serta berciri keterangkuman yang dapat memenuhi keperluan Keluarga Malaysia,” katanya.

Sementara itu, sempena 100PBM, Ismail Sabri telah menganugerahkan Tokoh Perancang Bandar Malaysia kepada Datuk Seri Paduka TPr Maimunah Md. Shariff atas pengiktirafan Malaysia Book of Records sebagai Wanita Asia Pertama yang dilantik menjadi Pengarah Eksekutif United Nations Human Settlement Programme (UN-Habitat) pada tahun 2018.

Perdana Menteri juga melancarkan Rancangan Fizikal Negara Keempat (RFN4) sebagai rangka kerja spatial di peringkat nasional , negeri dan tempatan bagi memandu arah pembangunan wilayah, bandar dan desa yang seimbang dan holistik selaras dengan keperluan peruntukan di bawah Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172).

RFN4 telah diluluskan dalam Mesyuarat Majlis Perancang Fizikal Negara (MPFN) yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri pada 21 Oktober lalu.

RFN4 dirangka sebagai satu Pelan pembangunan yang menyeluruh berasaskan konsep strategik perancangan ‘ Ekosistem Spatial Yang Komprehensif dengan empat aspek utama iaitu penggunaan tanah optimum, fokus pembangunan ekonomi di kawasan pertumbuhan utama, pengangkutan antara wilayah dan pemeliharaan dan pemuliharaan aset ekologi dan mineral .

Penyediaan RFN4 adalah seiring dengan Rancangan Malaysia Ke – 12 ( RMKe – 12 ) bagi tempoh pelaksanaan 2021-2025 bagi memastikan Malaysia mampu menjadi sebuah negara makmur dan berdaya tahan dari segi ekonomi , alam sekitar dan keseimbangan sosial demi menjamin kesejahteraan rakyat dan pertumbuhan ekonomi yang inklusif , seimbang dan mampan. MG

Indeks Daya Huni Malaysia diperkenalkan – Ismail


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU

Gangguan seksual berleluasa dalam industri hiburan

Mawar Rashid dilabel materialistik


Sebaran :

Leave a Reply