Bongkar kegiatan order palsu, rider p-hailing diugut rakan sekerja [VIDEO]

TULAR seorang rider penghantar makanan mengadu diugut rakan sekerja kerana membuat pendedahan mengenai tempahan palsu atau scam order.

PETALING JAYA: Seorang pengguna aplikasi TikTok yang juga rider penghantar makanan p-hailing diugut rakan sekerja selepas mendedahkan taktik mereka yang membuat tempahan palsu atau scam order demi mendapatkan wang dengan cara yang salah.

Pengguna aplikasi itu  khuzaimie_lemat1.0 berkata, penipuan pesanan itu dibuat bagi mendapatkan keuntungan dengan cara kotor iaitu menipu syarikat dengan mengatakan pelanggan gagal dihubungi, sedangkan pelanggan sudah mendapatkan dan membayar pesanan itu secara tunai.

Jelasnya, perbuatan mereka  menyebabkan peniaga atau vendor makanan kerugian kerana hanya 40 peratus daripada kerugian dibayar oleh syarikat manakala 60 peratus lagi perlu ditanggung oleh peniaga-peniaga tersebut.

“Kawan-kawan saya memaklumkan terdapat segelintir penghantar makanan yang mencari saya kerana ingin memukul saya dengan dakwaan saya menutup periuk nasi mereka apabila membongkarkan tentang taktik penipuan tersebut.



“Saya bongkarkan kerana terdapat banyak aduan daripada pelanggan tentang isu ini, saya ingin menerangkan kepada mereka dan mengharap perkara ini tidak terjadi lagi,” katanya menerusi klip rakaman di TikTok.

Video tular pendedahan mengenai rider p-hailing membuat tempahan palsu atau scam order

Terdahulu seorang pelanggan capiklalat menghantar klip rakaman berdurasi 57 saat di aplikasi tersebut, pelanggan itu mendakwa seorang penghantar makanan meminta dirinya untuk tidak mengangkat telefon apabila dihubungi oleh syarikat penghantar makanan.

“Saya nak bertanya kepada penghantar-penghantar makanan, kenapa rider suruh saya untuk tidak mengangkat telefon? Bila saya tanya dia kata yang dia sudah maklumkan kepada Food Panda yang pesanan saya terbatal. Saya rasa macam ada benda yang tak kena,” ujarnya.



Netizen meluahkan perasaan marah apabila terdapat segelintir penghantar makanan yang tidak ikhlas dalam melakukan kerja mereka sehinggakan sanggup menipu, terdapat juga yang berterima kasih kepada individu yang sudi membongkar rahsia taktik ini.

“Teruskan sebar benda baik bang. Kalau abang tak bagitahu pasal scam order, sampai bila pelanggan-pelanggan semua tertipu,” komen ninayna__.

“Dah di beri rezeki kerja dengan Allah, tetap nak selit yang haram dalam rezeki, heran aku tembelang pecah kalut sapa la tu,” komen ashrafnawawi. -UTUSAN ONLINE

Bongkar kegiatan order palsu, rider p-hailing diugut rakan sekerja [VIDEO]


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


[VIDEO] Rider Food Panda Kena Belasah, Pelanggan Bersikap Biadap Dikecam Netizen



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker