Tujuh penjawat awam ditahan ‘berparti’ di Melaka

Tujuh penjawat awam ditahan ‘berparti’ di Melaka

SERAMAI tujuh penjawat awam merupakan antara 80 individu ditahan polis kerana ‘berparti’ di sebuah pusat hiburan di Taman Melaka Raya, Melaka, malam tadi.

Ketua Polis Melaka, Datuk Abdul Majid Mohd. Ali berkata, kesemua individu berkenaan ditahan Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS), Bukit Aman dibantu Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Melaka pada pukul 1.20 pagi.

Menurut beliau, kesemua yang ditahan berusia lingkungan 17 hingga 62 tahun termasuk 30 wanita.

Abdul Majid memberitahu, seramai 14 warganegara asing melibatkan sembilan lelaki dan lima wanita turut ditahan dalam serbuan berkenaan.

“Ujian saringan awal air kencing terhadap kesemua suspek mendapati seorang lelaki positif dadah jenis methamphetamine dan empat perempuan warganegara asing juga positif dadah jenis sama.

“Ujian saringan awal air kencing terhadap tujuh penjawat awam itu pula didapati negatif.

“Suspek yang didapati positif ujian saringan awal air kencing disiasat di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Baca artikel berkaitan: Statistik penjawat awam enggan divaksin jadi tumpuan Dewan Rakyat hari ini

Mengulas lanjut, Abdul Majid berkata, 65 individu turut dikenakan kompaun berjumlah RM4,000 setiap seorang manakala penjaga premis pula dikenakan kompaun sebanyak RM10,000.

Kata beliau, penjaga premis itu juga disiasat di bawah Seksyen 55B Akta Imigresen.

“Siasatan terhadap warganegara asing tersebut dijalankan di bawah Seksyen 15(1)(C) Akta Imigresen, Seksyen 6(1)(C) Akta Imigresen dan Peraturan 39B Akta Imigresen,” jelas beliau. Utv

Tujuh penjawat awam ditahan ‘berparti’ di Melaka


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU

Siakap kayangan, usahawan nyaris terkena

Restoran siakap kayangan ada 4 hari lagi jawab notis

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker