Kedai Makan Asam Pedas Melaka Paling Sedap – Taraf Kayangan [Bahagian 2]

Kedai Makan Asam Pedas Melaka Paling Sedap – Taraf Kayangan [Bahagian 2]

1. Asam Pedas Claypot

Kedai Makan Asam Pedas Melaka Paling Sedap - Taraf Kayangan [Bahagian 2]

Restoran yang terletak tidak jauh daripada asam pedas Hajjah Mona iaitu Asam Pedas Claypot juga salah satu port makan asam pedas melaka. Walaupun kedua-dua tempat ini terletak berdekatan antara satu sama lain, ia masih juga menjadi tumpuan orang ramai.

Tempat ini juga menyediakan makanan asam pedas secara set iaitu nasi putih,telur masin,timun,sambal belacan dan ketiga-tiga makanan ini sudah mampu menarik selera makan.Malah, tidak dapat dinafikan bahawa tempat ini juga selalu menjadi tempat tumpuan syarikat produksi membuat pengembaraan  dan para artis juga selalu datang ke restoran ini.



Terdapat juga live band yang simple oleh anak tempatan disini menjadikan pilihan ramai pelancong. Oleh itu, tidak dapat dinafikan bahawa restoran ini menjadi perhatian bagi golongan artis juga.Bagi waktu operasi restoran ini adalah di buka pada pukul 6.00 petang hingga 4.00 pagi.

2. Restoran Berkat Salam

Kedai Makan Asam Pedas Melaka Paling Sedap - Taraf Kayangan [Bahagian 2]

Kalau sebut asam pedas ada juga yang gemar makan Asam Pedas tetel. Tetel adalah daging lembut yang bercampur dengan urat, tulang, lemak dan yang seangkatan dengannya sebab itu kalau nak beli kena pandai pilih nanti boleh tercabut gigi nak makan tetel.

Salah satu restoran yang menu paling utama pilihan pelanggan asam Pedas tetel adalah Restoran Berkat Salam. Restoran Berkat Salam yang terletak di Bukit Katil juga adalah salah satu tempat yang popular bagi pengemar asam pedas di Melaka yang yang mencari asam pedas tetel. Restoran ini terletak di Jalan tun Hamzah, Ayer Keroh Melaka.



3. Asam Pedas Power Abang Piee

 

Kedai Makan Asam Pedas Melaka Paling Sedap - Taraf Kayangan [Bahagian 2]

Asam Pedas Abang Piee turut juga menjadi sebutan kepada para pelancong.Tempat ini terletak di Jalan Puteri Hang Li Poh, Bandar Melaka. Waktu operasi bagi kedai adalah pada pukul 7.00 malam sehingga 3.00 pagi.

Lokasi kedai Asam Pedas Power abang Piee terletak berhampiran depan kubur bersejarah Bukit China dan BSN. Nanti kalau dah sampai sini get ready lah untuk beratur panjang yea sebab memang ramai orang. Dari segi masakan memang ternyata power dan sanga-sangat recommended.



4. Norra Asam Pedas

Kedai Makan Asam Pedas Melaka Paling Sedap - Taraf Kayangan [Bahagian 2]

 

Bagi mereka yang gemar keadaan yang santai ketika menikmati asam pedas pula, Norra Asam Pedas juga turut menjadi pilihan rata-rata pelancong di Melaka. Gerai ini terletak di medan selera Semabok yang berhampiran dengan tapak pasar malam Semabok.

Ia juga turut menyediakan asam pedas ikan,telur ikan juga. Ini amat sesuai untuk mereka yang ingikan kelainan. Bagi mereka yang datang ke sana pasti tidak akan rasa rugi.



5. Asam Pedas Pak Man

Kedai Makan Asam Pedas Melaka Paling Sedap - Taraf Kayangan [Bahagian 2]

 

Asam Pedas Pak Man juga adalah salah satu tempat yang sediakan asam pedas yang terbaik seperti ikan sembilang,pari,kembung dan tenggiri. Rasa asam pedas yang disediakan oleh Pak Man sentiasa membuat setiap pelanggan yang datang ke situ sentiasa menambah nasi mereka berikutan kuahnya yang pekat sekali.

Malah,jika terdapat  ramai yang berkunjung situ, kita tidak perlu menunggu lama kerana mereka menyediakan servis perkhidmatan yang terbaik sekali. Lokasi tempat ini adalah terletak di Kampung Ujung Pasir. Bagi waktu operasi mereka adalah daripada pkul 8.00 pagi sehingga 7.00 malam.



Apa lagi Jom Kita Pi Makan Asam Melaka

Kami hanya sempat senaraikan 10 sahaja, sebenarnya masih banyak lagi tempat-tempat yang menyediakan asam pedas yang terbaik, namun masih lagi dalam pemerhatian dan bakal menjadi bahan bualan bagi penggemar asam pedas.

Berdasarkan tempat-tempat yang telah disenaraikan, bagi mereka yang menyediakan asam pedas perkara utama yang membuatkan asam pedas tersebut menjadi sedap adalah menggunakan ikan yang segar. Ini adalah kerana secara automatik ikan itu memberi rasa yang sedap dan manis pada masakkan itu.

Kedai Makan Asam Pedas Melaka Paling Sedap – Taraf Kayangan [Bahagian 2]


Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Kedai Makan Asam Pedas Melaka Paling Sedap – Taraf Kayangan



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker