Kedai Makan Asam Pedas Melaka Paling Sedap – Taraf Kayangan

Kedai Makan Asam Pedas Melaka Paling Sedap – Taraf Kayangan

Melaka cukup sinomin dengan terkenalnya masakan asam pedas. Tidak dapat dinafikan bahawa makanan ini menjadi salah satu tarikan pelancong bagi mereka yang datang ke Melaka. Keenakkan asam pedas Melaka  sudah menjadi kebanggaan bagi orang-orang Melaka kerana ada yang menyatakan kalau mahu menikmati asam pedas yang sebenar pergilah ke Melaka walaupun asam pedas ni boleh didapati di negeri-negeri lain.

Hampir setiap restoran di Melaka ini menyediakan menu asam pedas sebagai tarikan utama mereka seperti di Bandar Hilir, Kota Laksamana, Klebang, Bukit Cina dan sebagainya. Namun, seperti yang sedia maklum asam pedas terdapat pelbagai versi kerana sudah menjadi trend setiap resipi itu mengikut daerah di Melaka. Ini adalah kerana ia terpulang kepada masing-masing bagaimana untuk menpelbagaikan masakan itu.

1. Asam Pedas Mona

Kedai Makan Asam Pedas Melaka Paling Sedap - Taraf Kayangan

Antara kedai Asam Pedas Melaka yang tumpuan pelancong adalah Asam Pedas Hajjah Mona.Tempat ini terletak di Taman Kota Laksamana, Melaka.

Selain itu, tempat ini juga dibuka pada waktu sahur di bulan Ramadhan. Oleh itu, sekiranya sesiapa yang ingin menikmati juadah sahur asam pedas boleh datang ke restoran ini. Waktu operasinya yang agak panjang sehingga pukul 5.00 pagi pasti tidak menghampakan sesiapa yang datang daripada jauh.

2. Warung Sri Binjai

Kedai Makan Asam Pedas Melaka Paling Sedap - Taraf Kayangan

Selain Asam Pedas Mona, warung Sri Binjai yang terletak di Cheng juga turut menawarkan Asam Pedas Melaka yang best.  Namun warung ini hanya di buka pada waktu makanan tengahari sahaja.

Kedudukan warung ini terletak berhmapiran dengan maybank Cheng. Tanda-tanda warung yang mudah dikenali adalah warung tersebut berhampiran dengan pokok bijai. Alah kalau nak senang nnti boleh tengok ramai orang dekat kedainya.

3. Man Asam Pedas

Kedai Makan Asam Pedas Melaka Paling Sedap - Taraf Kayangan

Kalau dah sampai melaka, jangan lupa untuk singgah kedai Man Asam pedas. Walaupun kedainya tidak nampak gah atau meriah seperti kedai-kedai asam pedas lain di Melaka, asam peasnya juga sedap dan tersenarai dalam senarai asam pedas terbaik Melaka.

Nasi yang digunakan adalah enak, mungkin dari jenis beras yang bermutu tinggi dan yang paling penting kuah asam pedanya adalah terbaik. Kalau nak cuba boleh singgah di Kota Laksamana No. 20 & 20-1, Jalan Tkl 3/7 Seksyen 3 Kota Laksamana, 75200 Malacca, Malaysia. Dah sampai jangan pulak pusing sebab kedainya nampak biasa-biasa, belum cuba belum tahu.

5. Asam Pedas Asli Kampung Kandang, Melaka

 

Kedai Makan Asam Pedas Melaka Paling Sedap - Taraf Kayangan

Bagi yang mencari rasa yang asam pedas yang asli, boleh singgah kedai asam pedas yang terletak di Kampung Kandang, Melaka. Keenakkan asam pedas yang asli pasti membuatkan sesiapa yang datang akan menghirup kuahnya selepas nasi sudah habis.

Harga yang berpatutan sudah semestinya membuat anda tersenyum kerana berbaloi dengan apa yang di makan kerana sekiranya kita datang beramai-ramai di kedai tersebut, tuan kedai pasti akan mengenakan harga yang berpatutan.

Kedai Makan Asam Pedas Melaka Paling Sedap – Taraf Kayangan [Bahagian 2]

Kedai Makan Asam Pedas Melaka Paling Sedap – Taraf Kayangan


Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker