Kisah seluar jean tahan lasak tercipta

Sebaran :

Kisah seluar jean tahan lasak tercipta

APA pakaian yang tak lapuk ditelan zaman dan masih dipakai sehingga ke hari ini? Salah satunya dah tentu seluar jean. Daripada kanak-kanak, dewasa sehinggalah yang sudah berusia, sinonim memakai seluar jean.

Sejak dicipta pada tahun 1873, pemakaian seluar jean masih mendapat tempat sampai hari ini. Pemakaian paten seluar kategori tahan lasak ini telah melangkaui keseluruhan sempadan di seluruh dunia.

Tahukah anda siapa yang mula-mula memperkenalkan seluar yang diperbuat daripada kain denim ini?



Berdasarkan rekod sejarah, terdapat dua orang individu penting menjadi pelopor pertama mencipta fesyen tersebut. Mereka ialah Jacob Davis dan Levi Strauss pada tahun 1873.


Jacob Davis dan Levi Strauss.

Mengikut fakta, penggunaan nama Jean diambil sempena nama sebuah bandar di negara Itali iaitu Genoa. Lokasi ini merupakan pengeluar terbesar kain kapas jenis korduroi di pasaran dunia.

Sebelum dikenali sebagai pencipta seluar jean, Jacob Davis merupakan seorang tukang jahit yang tinggal di Nevada, Amerika Syarikat. Manakala, rakan kongsinya, Levi Strauss merupakan pendatang dari Jerman yang berhijrah ke New York pada tahun 1851. Di sana, dia membantu abangnya menjual pelbagai barangan kering termasuklah pelbagai jenis kain karton.



Davis dan Strauss bertemu secara tidak sengaja di San Francisco. Pada ketika itu, perniagaan Strauss bersama abangnya berpindah ke situ. Ia berikutan khabar angin mengatakan kawasan tersebut akan menjadi lokasi perlombongan emas terbesar di Amerika Syarikat. Secara tidak langsung, perniagaan yang diusahakan mereka mungkin akan lebih maju kerana tempat berkenaan bakal menjadi pusat tumpuan orang ramai.

Salah seorang pelanggan Strauss pada ketika itu ialah Davis. Sebelum mereka mula bekerjasama, Strauss mempunyai perniagaan menjahit khemah, selimut kuda dan kain penutup Wagon.

Suatu hari, salah seorang pelanggan Davis meminta beliau menjahitkan sehelai seluar tahan lasak. Bagi menghasilkan pakaian tersebut, dia telah membeli kain jenis denim yang dibeli dari kedai Strauss.

Proses menjahit tempahan seluar pelanggannya itu tidak memakan masa yang lama. Bagi mendapatkan kemasan berganda untuk seluar tahan lasak itu, Davis turut menggunakan beberapa butir rivet atau butang yang diperbuat daripada tembaga.



Selepas kejayaan itu, Davis mendapat idea untuk mempatenkan jenama seluar baharu berkenaan. Difahamkan, dia telah mengajak Strauss untuk bekerjasama dengannya sebagai pembekal kain denim yang digunakan sebagai fabrik utama penghasilan seluar tahan lasak tersebut.

Strauss menerima pelawaan itu. Apabila permintaan semakin meningkat, kedua-dua mereka telah membuka sebuah kilang bagi mengeluarkan seluar jean pada skala yang lebih besar, lalu tertubuhnya syarikat Levi Strauss & Co. Kalau anda ingin tahu sehingga hari ini jenama seluar yang dicipta oleh dua orang rakan kongsi ini masih dijual di pasaran.

Berdasarkan perkongsian daripada portal History of Jeans, kain denim dihasilkan menerusi beberapa peringkat. Ia termasuklah proses pemilihan kapas, pembersihan, penenunan dan pewarnaan. Selepas segala-galanya selesai, fabrik ini akan disalutkan dengan sejenis bahan berkanji untuk menjadikan benang menjadi lebih kuat dan berat. Daripada aspek pemilihan warna pula, kain denim biasanya akan menggunakan warna biru.

Kain denim yang sudah siap dihasilkan akan disusun sebanyak 100 keping lapisan. Ia kemudiannya dipotong dengan sebuah mesin berteknologi tinggi bagi mengikut reka bentuk jean yang dikehendaki.

Tahukah anda, sehelai seluar jean selalunya mempunyai 10 reka bentuk pelbagai saiz seperti poket, panel kaki, tali pinggang dan gelung tali pinggang.

Peringkat seterusnya pula ialah proses pembersihan. Sehelai seluar jean akan dibasuh dengan menggunakan agen pembersihan sintetik sekali gus melembutkan permukaan fabrik. Selain cucian tersebut, pihak pengilang akan mengguna pakai cucian berbatu atau Stone-washed jika perlu.

Teknik cucian ini biasanya digunakan untuk memudarkan warna kain denim. Jika batu kecil digunakan ia akan memudarkan warna dengan lebih sekata manakala, jika saiz batu lebih besar ia akan mewujudkan banyak tekstur dan garisan yang tidak sekata.

Selain kedua-dua teknik cucian itu, seluar jean turut menggunakan semburan pasir atau bahan kimia ketika proses cucian dijalankan. Langkah ini digunakan sekiranya pihak pengeluar ingin menampakkan kesan haus pada permukaan kain.

Akhir sekali, seluar tahan lasak tersebut akan diseterika menggunakan sebuah mesin bertekanan tinggi sebelum ia dibungkus dan sedia untuk dijual. Utv

Kisah seluar jean tahan lasak tercipta


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU

‘Jika Tak Suka Sangat Pun Berilah Satu ‘HA’ Tanda Hargai Usaha’-Shahrol Shiro

Muhyiddin lebih gemar serang BN daripada kempen untuk PN


Sebaran :

Leave a Reply