Bekas imam dalang sindiket nikah
Bekas imam dalang sindiket nikah
KOTA BHARU – Seorang bekas imam mengaut keuntungan lumayan sejak sekian lama apabila menjadi dalang kepada sindiket nikah tanpa tauliah di Thailand dengan mengenakan bayaran antara RM2,000 hingga RM3,000 kepada setiap pasangan.
Bagaimanapun, tembelang warga emas berusia 71 tahun dikenali sebagai Lebai Loh itu terbongkar selepas dia ditahan penguat kuasa Jabatan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kelantan (Jaheaik) menerusi satu serbuan di Kampung Chuchoh Puteri, Kuala Krai dekat sini pada 28 Oktober lalu.
Pengarah Jaheaik, Datuk Che Mohd. Rahim Che Jusoh berkata, Lebai Loh dipercayai terlibat dalam sindiket yang menguruskan perkahwinan di Thailand.
Menurutnya, siasatan mendapati lelaki itu tidak mempunyai sebarang kelayakan sebagai wali hakim selain turut mengenakan bayaran antara RM2,000 hingga RM3,000untu satu pasangan.
Katanya, jumlah bayaran itu adalah tinggi berbanding bayaran sebenar iaitu RM125 mengikut undang-undang negara.
“Jaheaik turut merampas beberapa dokumen berkait dengan perkahwinan seperti borang dikeluarkan jabatan agama di Thailand.
“Sindiket Lebai Loh itu dipercayai sudah lama aktif. Suspek juga didapati sudah membawa ramai pasangan untuk bernikah di negara jiran,” katanya pada sidang akhbar di pejabatnya di Kompleks Balai Islam, Lundang di sini semalam.
Katanya, selain penduduk Kelantan, ada juga penduduk di luar Kelantan yang mendapatkan khidmat Lebai Loh.
Mengulas lanjut, Che Mohd. Rahim mengingatkan kepada semua pasangan yang bernikah menggunakan khidmat Lebai Loh agar berhubung dengan pihak Jaheaik dengan kadar segera.
Menurutnya, ia bertujuan untuk mengesahkan sama ada pernikahan mereka sah mengikut hukum syarak atau tidak.
“Setakat ini, kita tidak mempunyai maklumat berkaitan bilangan sebenar pasangan bernikah di luar negara yang menggunakan khidmat sindiket tersebut.
“Kita berharap masyarakat tidak menggunakan perkhidmatan sindiket nikah berkenaan kerana mereka tidak mempunyai kelayakan,” katanya.
Beliau berkata, penahanan Lebai Loh adalah kejayaan terbaharu Jaheaik selepas jabatannya turut menumpaskan sindiket nikah haram didalangi Imam Wahab di Rantau Panjang, Imam Che Mud di Machang dan bekas imam di Ketereh. K Online
Bekas imam dalang sindiket nikah
Baca Artikel Menarik :
- Muhyiddin masih jaja cerita dongeng – Najib
- PRN Melaka: Hentam Umno fokus kempen Muhyiddin
- ‘Sotong Kayangan’ muncul dahulu sebelum Siakap
- Maya Karin dibayar RM2 ribu untuk filem Hollywood
- Jangan sampai kita hempas makanan – Rider
- Suami Nynaa Harizal failkan permohonan supaya isteri kembali taat
- Muhyiddin dan Hadi ‘hentam’ Barisan Nasional
- Kakaktua bongkar suami curang dengan pembantu rumah
- ‘Letupan’ enjin sebuah pesawat Malaysia Airlines 50 penumpang ‘cedera’
- Amaran Allah dalam 10 Ayat Pertama Surah al-Kahfi
- Dah Masuk 5 Series, Nasha Aziz masih ‘bergetah’
Layari Laman Facebook MYKMU