JAWI hidang siakap kayangan kepada golongan asnaf
JAWI hidang siakap kayangan kepada golongan asnaf
PUTRAJAYA: Lebih 200 kilogram menu hidangan ikan siakap tiga rasa disediakan sebagai juadah makanan tengah hari untuk golongan asnaf sekitar kariah Masjid Al-Muqarrabin, Bandar Tasik Selatan, Kuala Lumpur.
Menurut kenyataan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), menu istimewa tersebut dimasak secara gotong-royong oleh ahli jawatankuasa masjid berkenaan.
Katanya, ia merupakan sebahagian daripada aktiviti Dapur It’am Jawi dan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) berkonsepkan soup kitchen dan edaran makanan percuma setiap hari melibatkan 70 buah masjid dan surau di Wilayah Persekutuan.
“Turut diagihkan ikan siakap segar dan barangan keperluan asas harian,” katanya.
Jawi berkata, sejak dimulakan ketika awal tempoh pandemik melanda negara, lebih sejuta orang menerima manfaat daripada inisiatif Dapur It’am dengan kos bernilai RM16 juta.
Penerima manfaat itu terdiri daripada petugas barisan hadapan, petugas kebersihan, pemandu e-hailing, asnaf dan golongan B40, kejiranan bukan muslim serta lain-lain golongan yang terkesan dan memerlukan di sekitar Wilayah Persekutuan. Utusan
JAWI hidang siakap kayangan kepada golongan asnaf
Baca Artikel Menarik :
- Muhyiddin masih jaja cerita dongeng – Najib
- PRN Melaka: Hentam Umno fokus kempen Muhyiddin
- ‘Sotong Kayangan’ muncul dahulu sebelum Siakap
- Maya Karin dibayar RM2 ribu untuk filem Hollywood
- Jangan sampai kita hempas makanan – Rider
- Suami Nynaa Harizal failkan permohonan supaya isteri kembali taat
- Muhyiddin dan Hadi ‘hentam’ Barisan Nasional
- Kakaktua bongkar suami curang dengan pembantu rumah
- ‘Letupan’ enjin sebuah pesawat Malaysia Airlines 50 penumpang ‘cedera’
- Amaran Allah dalam 10 Ayat Pertama Surah al-Kahfi
- Dah Masuk 5 Series, Nasha Aziz masih ‘bergetah’
Layari Laman Facebook MYKMU
You must be logged in to post a comment.