‘Timah ke tak Timah ke’, PAS Tetap Tidak Setuju Nama Arak Timah – Idris

Sebaran :

‘Timah ke tak Timah ke’, PAS Tetap Tidak Setuju Nama Arak Timah – Idris

IPOH: Pas tetap menolak penggunaan nama Timah terhadap arak jenama tempatan walaupun kerajaan membuat keputusan membenarkan penggunaan nama tersebut.

Naib Presiden Pas, Idris Ahmad berkata, pendirian mereka berhubung perkara itu tetap sama sejak dari awal lagi.

“Dalam hal ni jelaslah, tuan-tuan tengok pendirian Pas bab arak ni clear (jelas). Kita tidak setuju dalam apa nama… Timah ke tak Timah ke, itu jelas kepada kita daripada awal lagi.



“Tak ada lagi tuan-tuan tengok di kalangan pimpinan Pas sokong bab Timah ni, bab arak ni. Kita tak setuju, atas nama apa pun Timah ke, Dollah ke, Wahab ke, kita tidak bersetuju,” tegas Idris yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) itu.

Beliau ditemui selepas melawat rumah penerima bantuan program Inspirasiku MyHaus yang dilaksanakan Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) dan Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk) di Kampung Sri Aman, Menglembu, Ipoh pada Ahad.

Pada Sabtu, Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Wee Ka Siong berkata, kerajaan membuat keputusan membenarkan arak jenama tempatan, Timah yang sebelum ini mencetus kontroversi untuk mengekalkan nama itu.

Dalam kenyataan media berbahasa Cina di laman Facebooknya, Ka Siong berkata, kontroversi penggunaan nama Timah pada minuman keras itu telah diselesaikan oleh Kabinet baru-baru ini.

Katanya, Timah tidak perlu menukar namanya dan pengilang telah bersetuju untuk memasukkan penjelasan tentang asal usul nama Timah yang merujuk bijih timah.-AA



‘Timah ke tak Timah ke’, PAS Tetap Tidak Setuju Nama Arak Timah – Idris

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);



KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Myvi baharu lebih sporty


Sebaran :

Leave a Reply