Kecederaan belakang penyebab Zii Jia tarik diri dalam ‘rubber game’

HAJAT pemain perseorangan negara Lee Zii Jia untuk merangkul kejuaraan keduanya tahun ini tidak kesampaian apabila terpaksa menarik diri pada perlawanan akhir Terbuka Hylo 2021 di Saarbrucken, Jerman malam tadi.

Pemain pilihan kedua kejuaraan itu menarik diri ketika ketinggalan 12-17 semasa perlawanan memasuki set penentuan selepas mengalami sakit belakang.

Penarikan diri pemain dari Alor Setar berusia 23 tahun itu sekali gus menyaksikan lawannya dari Singapura, Loh Kean Yew, menjuarai kejuaraan bertaraf Super 500 tersebut selepas bertarung selama 64 minit di Arena Saarlandhalle.

Zii Jia yang berada pada kedudukan ranking kelapan dunia bermula dengan baik dan mendahului Kean Yew 11-7 tetapi kesilapan demi kesilapan kemudian membenarkan lawan merapatkan jurang mata kepada 19-18.

Pada kedudukan 20-18 perlawanan ditangguhkan tujuh minit selepas Kean Yew mengalami luka pada buku jari tangan kanan dan memaksanya mendapatkan rawatan perubatan di tepi gelanggang.

Zii Jia yang kemudian mendapatkan rentak semula permainan berjaya menewaskan Kean Yew 21-19 pada set pertama perlawanan.

Kecederaan dihadapi pemain kelahiran Pulau Pinang berstatus ranking ke-39 itu ternyata tidak melemahkannya untuk bangkit dan menundukkan Zii Jia 21-13 pada set kedua untuk mengheret perlawanan ke set penentuan.

Pada set penentuan kedua-dua pemain saling kejar-mengejar mata sehingga kedudukan 10-10, sebelum kecederaan dialami Zii Jia menyaksikan Kean Yew melebarkan jurang mata 17-12 dan seterusnya memenangi perlawanan itu selepas juara Seluruh England tersebut tidak dapat meneruskan permainan.

Kecederaan belakang penyebab Zii Jia tarik diri dalam ‘rubber game’

 


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


PH ada kelebihan bila undi Melayu pecah tiga

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker