PRN Melaka: Bekas Ketua Menteri PH, bakal berdepan saingan empat penjuru

MELAKA – Empat bakal calon termasuk seorang calon Bebas bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Katil hadir menghantar borang pencalonan di Pusat Penamaan Calon DUN Bukit Katil di Dewan Tun Ali, Bukit Katil setakat pada jam 9 pagi Isnin.

Timbalan Ketua UMNO Bahagian Hang Tuah Jaya, Datuk Hasnoor Sdg Husin (BN) tiba pada jam 8.43 pagi, diikuti bekas Ketua Menteri Melaka, Adly Zahari (PH) seminit kemudian, manakala Ketua Pemuda Pas Melaka, Mohammad Al Hafiz Yahya (PN) tiba jam 8.49 pagi.

Ahli Jawatankuasa Gagasan Piagam Rakyat, Abdul Hamid Mustapah juga hadir untuk pendaftaran sebagai calon Bebas.



Kesemua mereka masing-masing diiringi oleh penyokong dan pencadang sahaja sebagaimana ditetapkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Tiada kumpulan penyokong lain dilihat berada sekitar kawasan PPC.

PRN Melaka: Bekas Ketua Menteri PH, bakal berdepan saingan empat penjuru


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Bekas YB ‘Juara Penambak Babi’ yakin menang walaupun bertanding bebas



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker