Muafakat Nasional sudah mati, PAS kejar idealisme – Ramasamy

Muafakat Nasional sudah mati, PAS kejar idealisme – Ramasamy

Kerjasama politik Umno-PAS, Muafakat Nasional, sudah “mati”, begitu kata seorang pemimpin DAP menjelang PRN Melaka yang akan menyaksikan pertembungan antara dua parti itu di tujuh kerusi.

P Ramasamy menulis di Facebook bahawa senario politik yang dahulunya menyatukan PAS dan Umno sudah tidak ada lagi.



Beliau mengulas kenyataan Timbalan Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man, bahawa partinya tidak berhasrat meninggalkan MN meskipun akan bertembung Umno pada 20 Nov.

“Umno menunjukkan pemulihan politik yang luar biasa (sejak PRU14) hinggakan ia tidak lagi perlukan PAS mahupun MN,” katanya.

Beliau berkata Umno tidak berpuas hati sejak PAS menyertai Perikatan Nasional pimpinan Bersatu.

“Kedua-dua parti itu sudah pulang ke ‘asal’. Mereka kembali ke kedudukan sebelum kerjasama politik dimeterai.”



Ramasamy sempat membidas pemimpin PAS, menuduh mereka mendahulukan kepentingan politik sebelum idealisme.

“Dalam dua tahun kebelakangan ini, ekoran penglibatan mereka dalam kerajaan, retorik agamanya kelihatan lembut.

“Pemimpinnya dalam kerajaan persekutuan tidak menunjukkan prestasi yang cemerlang, dan di sebalik retorik, mereka berkelakuan seperti penumpang.”

Ramasamy berkata peranan PAS dalam kerajaan persekutuan mendedahkan kelemahan parti itu yang tidak kelihatan semasa ia menjadi pembangkang. FMT



Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214



Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Muafakat Nasional sudah mati, PAS kejar idealisme – Ramasamy




Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU

Siakap Kayangan: Pelanggan bidas semula jawapan restoren ‘Menipu kuat’



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker