Tak boleh naik kapal terbang gara-gara status MySejahtera

Tak boleh naik kapal terbang gara-gara status MySejahtera

Seorang pengguna Twitter mendakwa, dia tidak dibenarkan untuk memasuki lapangan terbang berikutan status di aplikasi MySejahteranya secara tiba-tiba menjadi orang di bawah pemerhatian (PUS).

Pengguna tersebut, @avia_whiskey93 berkata, dia telah ke lapangan terbang kerana dijadualkan akan berlepas ke satu destinasi, namun sebaik tiba di sana dia tidak dibenarkan masuk kerana status PUS tersebut.



Katanya, sebelum bertolak ke lapangan terbang, dia yang menaiki Grab dan perlu mengimbas kod MySejahtera di dalam kenderaan tersebut dan status MySejahteranya ketika itu menunjukkan risiko rendah.

“Keadaan ini tragik dan tidak lucu untuk berlaku sekarang. Saya ada penerbangan pagi ini dan tidak dibenarkan masuk ke lapangan terbang kerana status PUS dan perintah kuarantin di rumah (HSO) yang kosong.

“Sedangkan tadi ketika mendaftar MySejahtera di Grab, status saya adalah risiko rendah,” ciapnya sambil menyebut akaun Twitter rasmi aplikasi itu, @MySejahtera dan Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar, @Khairykj.

Pengguna itu turut memuat naik beberapa keping tangkap layar aplikasi MySejahteranya yang menunjukkan dia kini di bawah HSO tetapi maklumat seperti lokasi atau alamat tidak tertera.



Selain itu, maklumat peribadi pengguna tersebut di bahagian Profil juga hilang termasuk status vaksinasi.

“Dan sekarang saya jadi alien! aplikasi ini bagus dalam mengesan kontak rapat tapi menyusahkan apabila terjadi perkara sebegini. Harap KJ sudah bangun dari tidur memandangkan hari ini hari Ahad dan semua orang tengah huru-hara kerana aplikasi ini,” ujarnya.

Sehingga kini, ciapan tersebut masih belum dibalas oleh pihak MySejahtera atau Menteri Kesihatan.

Pagi tadi, Kosmo! melaporkan MySejahtera memohon maaf atas kesilapan teknikal yang berlaku pada aplikasi tersebut di mana terdapat pengguna diberikan status orang di bawah pengawasan (PUS) dan perintah kuarantin di rumah (HSO) secara rawak. K Online



Tak boleh naik kapal terbang gara-gara status MySejahtera


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU

Siakap Kayangan: Pelanggan bidas semula jawapan restoren ‘Menipu kuat’



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker