Hilang pekerjaan, lelaki tikam empat penumpang kereta api
Hilang pekerjaan, lelaki tikam empat penumpang kereta api
VIENNA – Seorang lelaki yang hilang pekerjaan bertindak menikam empat orang penumpang kereta api berkelajuan tinggi di Jerman, Sabtu lalu.
Pihak berkuasa berkata, mangsa-mangsa telah diserang secara rambang dan suspek menunjukkan tanda-tanda seorang pesakit mental.
Setakat ini motif kejadian itu tidak jelas tetapi ia bukan keganasan.
Suspek yang ditahan dalam keretapi selepas melakukan serangan terakhir telah dibawa ke klinik psikiatri.
Polis menerima panggilan berhubung kejadian itu yang membabitkan kereta api Intercity Express 928 dalam perjalanan dari Regensburg ke Nuremberg di tenggara Jerman.
Menggunakan pisau lipat sepanjang lapan sentimeter, suspek pada mulanya mengejar seorang lelaki berusia 26 tahun dalam kereta api yang sama sehingga mencederakan kepala mangsa.
Suspek kemudian menyerang seorang lelaki warga emas hingga cedera di kepala dan badan serta mencederakan seorang lagi lelaki berusia 60 tahun.
Dia kemudian melarikan diri ke kereta kereta api lain dan menikam seorang lelaki berusia 39 tahun di bahagian atas badannya.
Keempat-empat mangsa adalah lelaki tempatan.
Dua daripada empat mangsa masih berada di hospital pada hari Ahad.
Polis berkata, suspek merupakan seorang warga Syria, datang ke Jerman pada 2014 dan diberikan suaka pada 2016.
Dia tinggal di Passa dan dilaporkan kehilangan pekerjaan sehari sebelum serangan itu.
Penilaian awal penyiasat menyatakan dia mengalami penyakit mental, termasuk potensi “skizofrenia paranoid,” kata ketua pendakwa raya Gerhard Neuhof.
Suspek dilaporkan percaya dia telah diekori oleh polis dan menyerang mangsa pertamanya kerana dia menyangka lelaki itu mengancamnya dan mahu membunuhnya, kata Neuhof. MG
Hilang pekerjaan, lelaki tikam empat penumpang kereta api
Baca Artikel Menarik :
- Cuba rempuh, polis tembak kereta, tahan suspek edar dadah
- Letak duit dalam coli pun tak selamat
- Suara Level Penyanyi Karaoke – Azmeer Tegur Iqbal
- Gelagat politik PAS tidak patuh syariah?
- Nynaa Harizal dilarikan keluarga guna senjata api, suami buat laporan polis
- PRN Melaka: Umno tampil 90% muka baharu
- Vanessa Angel dan suami maut dalam nahas jalan raya
- Terkejut bayar harga siakap Langkawi RM1,196 seekor
- Setimpalkah hukuman mereka ini– Didie Alias
- Kemaluan bengkak, kanak-kanak didakwa disunat jin
- McDonalds kembali dengan menu ayam goreng 3x pedas
Layari Laman Facebook MYKMU
Siakap Kayangan: Pelanggan bidas semula jawapan restoren ‘Menipu kuat’
You must be logged in to post a comment.