Diserang, tetak depan anak, lelaki maut

Diserang, tetak depan anak, lelaki maut

Seorang lelaki dipercayai Ah Long maut ditetak di hadapan sebuah kopitiam di Bandar Baru Bukit Tinggi Klang, dekat sini semalam.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan Shamsul Amar Ramli berkata pihaknya menerima laporan kejadian itu kira-kira 12.34 tengah malam.

“Siasatan awal mendapati mangsa berusia 47 tahun datang ke kopitiam itu pada 11.50 malam bersama dua anaknya yang berumur 10 dan 18 tahun.

“Ketika hendak membuka pintu kereta selepas selesai makan, mangsa dipercayai didatangi tiga lelaki bersenjatakan parang dengan dua daripadanya menetak mangsa,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata mangsa melarikan diri ke arah celah kereta yang diparkir di kawasan tersebut sebelum meninggal dunia di tempat kejadian.

Menurut Shamsul Amar, ketiga-tiga suspek pula melarikan diri menaiki sebuah kereta yang menunggu mereka di tepi jalan menghala keluar ke arah Persiaran Batu Nilam, Klang.

Kejadian itu disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh dan usaha mengesan kesemua suspek sedang diteruskan, katanya. FMT

Diserang, tetak depan anak, lelaki maut


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU

Siakap Kayangan: Pelanggan bidas semula jawapan restoren ‘Menipu kuat’

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker