Remaja lemas, jatuh dari benteng penahan ombak

Sebaran :

Remaja lemas, jatuh dari benteng penahan ombak

MELAKA: Seorang remaja lemas selepas terjatuh daripada benteng pemecah ombak semasa berkelah dengan keluarganya di Pantai Puteri, Tanjung Kling di sini hari ini.

Ketua Zon 1 Jabatan dan Penyelamat Bomba Malaysia (JBPM) Melaka Penguasa Kanan Bomba II Mohd Khairul Nizam Mohamad berkata mayat MT Sharvin, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Nyalas, Jasin, ditemui sekitar 30m daripada tempat dia dikatakan terjatuh.

Beliau berkata 14 anggota bomba dari balai Tangga Batu dan Melaka Tengah sampai di tempat kejadian kira-kira enam minit selepas menerima panggilan kecemasan pada pukul 11.40 pagi.



“Operasi mencari oleh Pasukan Penyelamat di Air (PPDA) mengambil masa lebih dua jam sebelum mayat ditemukan di dasar laut kira-kira pukul 2.30 petang, dan ketika kejadian, laut nampak bergelora,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Mohd Khairul berkata mayat remaja itu kemudiannya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut. FMT

Remaja lemas, jatuh dari benteng penahan ombak


Baca Artikel Menarik :



Layari Laman Facebook MYKMU

Siakap Kayangan: Pelanggan bidas semula jawapan restoren ‘Menipu kuat’


Sebaran :

Leave a Reply