PRN Melaka: Calon Wanita Ada Faktor ‘Wow’ Untuk Menang – Norliza

Sebaran :

PRN Melaka: Calon Wanita Ada Faktor ‘Wow’ Untuk Menang – Norliza

Naib Ketua Wanita UMNO Malaysia Datuk Norliza Abdul Rahim menyifatkan lima calon wanita yang diketengahkan iaitu tiga dari Wanita UMNO dan masing-masing satu dari Puteri dan MCA mempunyai faktor ‘wow” untuk menang.

Ujarnya, walaupun calon wanita di dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka kali ini sekadar 18 peratus daripada keseluruhannya pencalonan Barisan Nasional (BN), namun kekuatan kelima-lima calon itu sangat penting bagi menyumbang kepada kemenangan parti.

“Calon-calon Wanita BN adalah calon yang dinamik dan mempunyai imej segar dalam membawa kepada pembaharuan demi kebaikan pengundi.



“Kekuatan jentera Jalinan Rakyat (JR) dan JR Plus adalah sumber mendekati pengundi dalam keadaan kempen pilihan raya dalam norma yang baharu,” ujarnya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tambah Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO itu lagi, PRN Melaka ini tidak pernah dilaksanakan BN dalam mana-mana pilihan raya sebelum ini malahan menampakkan komitmen BN untuk melakukan perubahan demi rakyat Melaka.

“Ciri yang paling utama kali ini diketengahkan ialah calon yang setia kepada parti,” tegas Ketua Wanita BN Pulau Pinang itu lagi.

Ulasnya lagi, aspirasi BN yang juga mengetengahkan 49 peratus calon berusia 50 tahun ke bawah memperlihatkan calon-calon muda ini boleh menawarkan perkhidmatan terbaik dan kuat bekerja untuk rakyat selari dengan slogan BN – ‘Kestabilan Demi Kemakmuran’.



Pagi tadi, Pengarah PRN Melaka yang juga Timbalan Pengerusi BN Datuk Seri Mohamad Hasan mengumumkan nama-nama calon BN di kesemua 28 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang ditandingi.

Lima calon BN yang mewakili kaum wanita adalah seperti Tuminah Kadi @ Mohd Hasim bagi DUN Pantai Kundor; Datuk Kalsom Nordin, DUN Pengkalan Batu; Leong Hui Ying, DUN Kesidang; Datuk Khaidhirah Abu Zahar, DUN Rim; dan Siti Faizah Datuk Abdul Azis bagi DUN Sungai Rambai. – UMNO ONLINE

PRN Melaka: Calon Wanita Ada Faktor ‘Wow’ Untuk Menang – Norliza

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:



MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

 


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Perangai kau tu baik sangat ke? – Diana Danielle

Calon muda, baru dalam PRN Melaka tanda UMNO banyak berubah – Muqharabbin

Hidangan siakap lebih RM1,000: Jangan tular, lapor kepada KPDNHEP


Sebaran :

Leave a Reply