PRN Melaka: Parti kerajaan akan bertempur sama sendiri

SHAH ALAM – Sah akan berlaku tiga penjuru dalam Pilihan Raya Negeri Melaka!

Itu kesimpulan yang dapat dibuat selepas BN dan PN telah mengumumkan akan bertanding di kesemua 28 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).

Pengumuman tersebut dibuat oleh Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan yang mengakui Barisan Nasional dan UMNO akan bergerak secara solo dalam PRN Melaka manakaln PN diumumkan oleh Muhyiddin Yassin.



Pengumuman Mohamad itu menyebabkan hampir pasti akan berlaku pertembungan antara calon parti-parti kerajaan selepas Perikatan Nasional yang diwakili Bersatu dan Pas juga sudah pasti akan meletakkan calon mereka.

Setakat ini tidak dapat dipastikan sama ada Bersatu dan Pas akan bertanding di semua kerusi memandangkan gabungan itu belum mendedahkan senarai calon-calon mereka.

Dalam pengumuman BN di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur itu, Mohamad berkata, parti yang diwakili UMNO, MCA dan MIC itu menampil 86 peratus muka-muka baharu dalam PRN Melaka.

Antara muka baharu di Melaka termasuklah Ketua Perhubungan UMNO Melaka sendiri Datuk Seri Ab. Rauf Yusoh yang bertanding di DUN Tanjung Bidara; Ketua Puteri Jasin yang juga seorang pelakon terkenal, Khaidhirah Abu Zahar atau Dira di DUN Rim dan Ketua Pemuda UMNO Tangga Batu, Datuk Rais Yasin bertanding di DUN Paya Rumput.



Dalam pada itu, beberapa pemerhati politik mengakui pertembungan tiga penjuru antara BN, PN dan PH terutamanya di kerusi Melayu akan memberi kelebihan kepada PH.

Ia berdasarkan keputusan Pilihan Raya Umum ke-14 yang menyaksikan BN tumbang di Persekutuan dan negeri Melaka, selain beberapa kaji selidik semasa.

Satu simulasi yang pernah dikeluarkan oleh pemerhati politik meramalkan sekiranya berlaku persaingan dua penjuru di Melaka, parti kerajaan iaitu BN dan PN dijangka menang menang besar sebanyak 21 kerusi, manakala Pakatan Harapan hanya boleh mendapat tujuh kerusi. Enam daripadanya disumbangkan DAP di kawasan bandar.

Bagaimanapun cerita berbeza mungkin berlaku apabila terjadinya pertembungan tiga penjuru. Pemerhati meramalkan BN hanya boleh mendapat sembilan atau 10 kerusi, Pas satu atau dua kerusi manakala Bersatu satu kerusi.



Perpecahan undi Melayu dijangka memberi kelebihan kepada Pakatan Harapan yang diramal boleh mendapat 16 kerusi dengan DAP lapan, PKR (4 kerusi), Amanah (3 kerusi) dan lain-lain (1 kerusi). Kerusi lain-lain itu disebut-sebut sebagai bekas Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron.

 

Senarai penuh calon BN dalam PRN Melaka.
Senarai penuh calon BN dalam PRN Melaka.

 

Berikut ialah senarai penuh calon-calon BN di 28 DUN:-



N01 – Kuala Linggi: Rosli Abdullah

N02 – Tanjung Bidara: Datuk Seri Ab Rauf Yusoh

N03 – Ayer Limau: Hameed Mytheen Kunju Basheer

N04 – Lendu: Datuk Seri Sulaiman Md Ali



N05 – Taboh Naning: Zulkiflee Mohd Zin

N06- Rembia: Datuk Muhammad Jailani Khamis

N07 – Gadek: P Shanmugam Ptcyhay

N08 – Machap Jaya: Ngwe Hee Sem



N09 – Durian Tunggal: Zahari Abd Kalil

N10- Asahan: Fairul Nizam Roslann

N11 – Sungai Udang: Datuk Seri Mohamad Ali Mohamad

N12 – Pantai Kundor: Tuminah Kadi

N13 – Paya Rumput: Datuk Rais Yasin

N14 – Klebang: Datuk Lim Ban Hong

N15 – Pengkalan Batu: Kalsom Nordin

N16 – Ayer Keroh: Yong Fun Juan

N17 – Bukit Katil: Datuk Hasnoor Sdg Husin

N18 – Ayer Molek: Rahmad Mariman

N19 – Kesidang: Leong Hui Ying

N20 – Kota Laksamana: Bennjaminn Low Chin Hong

N21 – Duyong: Mohd Noor Helmy Abd Halem

N22 – Bandar Hilir: Lee Kah Sean

N23 – Telok Mas: Datuk Abdul Razak Abdul Rahman

N24 – Bemban: Datuk Koh Chin Han

N25 – Rim: Datuk Khaidhirah Abu Zahar

N26 -Serkam: Datuk Zaidi Attan

N27 – Merlimau: Dr Muhamad Akmal Saleh

N28 – Sungai Ramai: Siti Faizah Abdul Azis


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Bolehkah PH menang PRN Melaka?

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker