#PRNMelaka : Calon-calon BN Menepati Aspirasi Rakyat Melaka

Oleh Wahida

Barisan Nasional berjaya senaraikan calon-calon yang terdiri daripada lebih 80% muka-muka baru dan hanya 14% sahaja adalah penyandang.

Penyandang calon BN terdiri daripada DUN Lendu, DUN Serkam, DUN Ayer Molek dan DUN Rembia.



Pembahagian kerusi di antara parti-parti komponen kekal seperti PRU14, 20 dari UMNO, 7 untuk MCA dan MIC bertanding 1 kerusi. Ini bermakna tiada perebutan kerusi dan kesefahaman serta menghormati di antara parti-parti komponen kekal utuh.

Sayap-sayap parti BN pula meletakkan 3 calon wanita UMNO, 1 Puteri dan 1 lagi calon wanita muda dari MCA. Calon-Calon dari sayap Pemuda pula terdiri daripada 4 muka baharu dan kesemuanya dari UMNO.

Sebagaimana yang diperkatakan, 4 calon BN adalah di bawah 40 tahun dan 75% terdiri daripada peringkat umur di antara 40 hingga 60 tahun. Hanya 11% sahaja calon BN melebihi 60 tahun ke atas.

Dari sudut kelayakan akademinya, 82% calon-calon BN adalah sarjana IPTA (dalam dan luar negara) dari pelbagai latarbelakang profesional dan 18% lagi memiliki samada STPM atau SPM.



Inilah buktinya parti-parti komponen BN tidak kekurangan calon-calon yang muda seperti yang sering dikatakan pihak lawan seolah-olah BN kini hanya terdiri daripada kayu-kayu tua yang hampir reput.

Gabungan calon-calon BN juga terdiri daripada senior yang mempunyai pengalaman dan pengetahuan luas dalam dunia politik tanahair dan pentadbiran negeri..

Oleh itu, inilah pasukan “Kestabilan Demi Kemakmuran” yang perlu diberi undi kerana mereka pasti menepati kehendak rakyat Melaka.



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker