Arwah Muslifah Meninggal Dunia Bukan Disebabkan COVID-19 [VIDEO]

Arwah Muslifah Meninggal Dunia Bukan Disebabkan COVID-19

GEORGETOWN: “Memang arwah dimasukkan ke hospital akibat COVID-19 namun sudah pulih, cuma selepas itu keadaannya tidak memuaskan akibat jangkitan kuman dalam paru-paru”.

Begitu kata Mohd Syamim Saharruddin, 36, suami kepada Allahyarhamah Muslifah Zulkifli, 35, bekas atlet penembak negara yang meninggal dunia akibat jangkitan kuman dalam paru-paru, hari ini.

Muslifah meninggal dunia di sisi suaminya jam 2.17 pagi tadi, selepas hampir 50 hari dirawat di Hospital Gleneagles Pulau Pinang.

Mohd Syamim berkata, Muslifah terdahulu dimasukkan ke hospital berkenaan pada 19 September lalu selepas disahkan positif COVID-19.

“Selepas seminggu dimasukkan ke hospital, Muslifah melahirkan anak sulung kami secara normal yang diberi nama Siti Khadijah, namun meninggal dunia.

Namun Mohd Syamim berkata, dia tidak menyangka kesihatan Muslifah kembali merosot akibat jangkitan kuman, sehinggalah dia menghembuskan nafas terakhir.

Katanya, dia menafikan bahawa kematian isterinya disebabkan COVID-19 seperti mana yang tular di media sosial.

“Sebelum itu, isteri saya menyatakan bahawa dia takut serta sayang saya dan keluarga, namun kami reda dengan ketentuan ini,” katanya yang bekerja sebagai jurutera.

Sementara itu, Mohd Syamim berkata, pihaknya akan berusaha melunaskan baki bil rawatan Muslifah di hospital berkenaan.

“Sepanjang menerima rawatan, saya pernah beberapa kali meminta supaya arwah dipindahkan dan dirawat di Hospital Pulau Pinang (HPP) namun difahamkan tiada kekosongan di sana pada masa itu.

“Saya belum memeriksa baki bil rawatan namun akan cuba selesaikan dan berterima kasih kepada pihak yang membantu memberi sumbangan,” katanya.

Difahamkan, Muslifah tidak sempat menerima suntikan vaksin sebelum disahkan positif COVID-19.

Jenazah dibawa pulang ke rumahnya di Jelutong sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Jalan Perak di sini, jam 1.45 tengah hari.

Terdahulu, Muslifah yang juga jurulatih skuad menembak Wilayah Persekutuan, meninggal dunia pagi tadi.

Muslifah adalah bekas penembak negara yang lama berada dalam program latihan pasukan kebangsaan dan pernah terbabit dalam Program Podium pada 2015 hingga 2017.

Allahyarhamah pernah memenangi pingat gangsa Sukan Asia 2014 bagi acara Rifle 50m Prone Berpasukan Wanita bersama Nur Suryani Taibi dan Ayuni Farhana Halim.-BH

Arwah Muslifah Meninggal Dunia Bukan Disebabkan COVID-19

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

 


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Perangai kau tu baik sangat ke? – Diana Danielle

Calon muda, baru dalam PRN Melaka tanda UMNO banyak berubah – Muqharabbin

Hidangan siakap lebih RM1,000: Jangan tular, lapor kepada KPDNHEP

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker