26 ditahan berparti liar dalam kondo

GEORGE TOWN – Seramai 26 individu termasuk seorang remaja berusia 13 tahun yang leka berhibur dengan alunan muzik dalam parti liar ditahan polis selepas kondominium mewah yang disewa mereka di pusat bandar raya ini diserbu awal pagi tadi.

Serbuan kira-kira pukul 1.30 pagi oleh pasukan dari Jabatan Siasatan Jenayah Bahagian Maksiat, Judi dan Kongsi Gelap (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang itu dibuat selepas polis mendapat maklumat daripada orang awam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Senior Asisten Komisioner Rahimi Ra’ais berkata, siasatan mendapati individu terdiri daripada 15 lelaki dan 11 perempuan berusia 13 hingga 21 tahun itu merupakan kenalan.

“Mereka menyewa kondominium tersebut untuk sehari dengan kadar RM500 menerusi laman sosial untuk berparti.

“Soal siasat juga mendapati kadar sewa adalah RM30 seorang bagi perempuan dan RM50 seorang bagi lelaki,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook PDRM Pulau Pinang hari ini

26 ditahan berparti liar dalam kondo


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Rauf dan Mas Ermieyati bakal berentap di Dun Tanjung Bidara

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker