Lelaki berbogel ditemui terperangkap di dalam dinding pawagam

SYRACUSE, NEW YORK – Seorang lelaki diselamatkan anggota bomba selepas ditemui terperangkap dalam keadaan berbogel di dalam dinding sebuah pawagam di New York, lapor Badan Penyiaran British (BBC) hari ini.

Jabatan Bomba Syracuse menerima panggilan kecemasan pada pukul 7.30 pagi (waktu tempatan) selepas seorang individu terdengar bunyi seperti hentakan dari dalam dinding dan suara merayu meminta pertolongan.

Pasukan penyelamat kemudiannya bertindak merobohkan sebahagian dinding tersebut dan mendapati seorang lelaki dalam keadaan berbogel berada di dalam  dinding itu.

Jabatan Bomba Syracuse dalam satu kenyataan di Facebook memaklumkan pihaknya tidak dapat memastikan bagaimana lelaki tersebut boleh memasuki ruangan sempit di belakang dinding itu.

Timbalan Ketua Bomba Syracuse, John Kane memberitahu media tempatan bahawa lelaki berkenaan bersembunyi di dalam ruang itu selama dua hari dan terperangkap setelah terjatuh ke dalam dinding tandas lelaki di pawagam tersebut.

Dia ketika ini dirawat di sebuah hospital tempatan.

Pihak polis berkata, lelaki itu berkemungkinan menghidap penyakit mental dan tidak akan didakwa atau dikenal pasti. – Agensi

Lelaki berbogel ditemui terperangkap di dalam dinding pawagam


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Perangai kau tu baik sangat ke? – Diana Danielle

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker