Malaysia lapor 2 kes pertama varian Delta Plus

Malaysia lapor 2 kes pertama varian Delta Plus

Kementerian Kesihatan mengesan dua kes pertama subvarian AY.4.2 Delta di Malaysia.

Dalam kenyataan hari ini, Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata subvarian AY.4.2, itu dikesan dalam dua pelajar Malaysia yang pulang dari United Kingdom (UK) pada 2 Okt.

Dua pelajar itu tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), dengan keputusan RT-PCR pertama adalah negatif.

“Bagaimanapun, keputusan positif apabila diuji pada sampel kedua pada 7 Okt dalam tempoh kuarantin,” katanya.

Tambahnya, vaksin yang kini digunakan masih berkesan terhadap varian AY.4.2 dan langkah berjaga-jaga seperti kuarantin serta pengujian mampu mengurangkan risiko penularan varian ini di Malaysia, khususnya di pintu masuk antarabangsa.

Tambahnya, kementerian akan terus memantau sama ada subvarian itu telah tersebar dalam komuniti.

Setakat Oktober, the subvarian itu merangkumi 10% penjujukan genom yang dilaksanakan di UK. FMT

Malaysia lapor 2 kes pertama varian Delta Plus


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU

Siakap Kayangan: Pelanggan bidas semula jawapan restoren ‘Menipu kuat’

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker