PRN Melaka: Manifiesto Barisan Nasional akan dilancar hujung minggu ini
Barisan Nasional (BN) bakal melancarkan manifesto parti selewat-lewatnya hujung minggu ini bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka pada 20 November nanti.
Pengerusi BN negeri, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata, semua pencapaian kerajaan diterajui BN turut akan disenarai dalam manifesto tersebut.
“Kita akan lancarkan tidak lama lagi dan antara pengisiannya ialah kejayaan BN mentadbir Melaka sejak Mac tahun lalu.
“Ini termasuk kejayaan kerajaan negeri pimpinan Ketua Menteri, Datuk Seri Sulaiman Md Ali, menyelesaikan isu catuan bekalan air yang ditinggalkan kerajaan Pakatan Harapan (PH),” katanya seperti dilapor BH Online.
Sebelum ini, Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, manifesto BN pada PRN Melaka signifikan buat rakyat.
Beliau yang juga Presiden UMNO turut meminta jawatankuasa yang menguruskan hal ehwal manifesto ini untuk melakukan sebaiknya demi kepentingan rakyat di negeri ini.
PRN Melaka: Manifiesto Barisan Nasional akan dilancar hujung minggu ini
Baca Artikel Menarik :
- Anzalna tidak tahu bapa jadi CEO Finas
- Sudah tiada jalan BN, PN berunding
- DAP dakwa jika letak ‘patung’ di Kota Laksamana pun boleh menang
- Debat Kabotaj, Guan Eng tak dapat lawan Ka Siong
- Jangan Percaya Ujian ‘Saliva’ Atau Antigen – Shahrulezad
- PAS tidak akan beri undi jika BN-PN bertembung di PRN Melaka
- Lelaki ditahan pukul, bunuh, tanam mayat kekasih
- Ketua Pengarah Maritim ‘kong kali kong’, kasi tukar
- Kaedah Mencari Barang Hilang Menurut Islam
- Resepi laksa goreng seafood sempoi
- Mat Sabu persoal status siasatan dakwaan bekas KPN tentang rasuah dalam politik
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Kalau lihat jasad Zulfarhan, saya tak boleh nak bayangkan – Hakim
You must be logged in to post a comment.