Akta Suruhanjaya Kanak-kanak antara tumpuan Dewan Rakyat
KUALA LUMPUR: Persidangan Dewan Rakyat hari ini dijangka tertumpu kepada isu mengenai pewujudan Akta Suruhanjaya Kanak-kanak sebagai satu badan bebas dan memiliki bidang kuasa khusus bagi melindungi hak serta kebajikan kanak-kanak di Malaysia.
Menurut Aturan Urusan Mesyuarat hari ini, perkara berkenaan dijadual dibangkitkan semasa sesi soal jawab yang akan diajukan Azalina Othman Said (BN-Pengerang) kepada Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat mengenai progres terkini usaha kerajaan terhadap akta itu.
Pada sesi Waktu Pertanyaan Menteri, Dr Kelvin Yii Lee Wuen (PH-Bandar Kuching) pula meminta Menteri Pengangkutan menyatakan langkah kerajaan untuk mengawal jumlah penerbangan dan harga tiket kapal terbang ke Sabah dan Sarawak yang melambung tinggi.
Steven Choong Shiau Yoon (Bebas-Tebrau) pula bertanyakan Menteri Dalam Negeri mengenai sektor dibenar menerima kemasukan pekerja asing baharu, bilangan pekerja asing yang diluluskan bagi setiap sektor dan jangka masa kelonggaran itu akan berlangsung.
Selepas sesi soal jawab, Ahli-ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang akan menyambung perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2022 yang dibentang Menteri Kewangan Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz pada Jumaat.
Akta Suruhanjaya Kanak-kanak antara tumpuan Dewan Rakyat
Baca Artikel Menarik :
- Nazim Othman mandi pun handsome
- Saya harap Allah beri hidayah kepada mereka – Saarani
- LHDN tuntut Addy Kana bayar cukai pendapatan RM1.4 juta
- Kerajaan bawa masuk Ahmad Idham, Eizlan Yusof ke Wisma Putra
- Tular 2 Penunggang Kapcai Bantu Tolak Motosikal Polis Trafik PDRM [VIDEO]
- Rumah Madu Ku Berhantu Dikritik Meskipun Belum Tayang Di Pawagam
- Sentuh sensitiviti Islam: UMNO minta DAP ambil tindakan atas Ronnie Liu
- Kerap guna ‘tisu basah’ boleh mati pucuk
- Bekas ratu cantik Romania dipecat kerana terlalu cantik
- Penjual tawar baju kalis santau, saka dan sihir
- Bersatu tergelincir dari landasan , Pak Wan akan umum sesuatu
Layari Laman Facebook MYKMU</a
Kembali perkasakan penyatuan ummah