Bekas Adun ‘Pengkhianat’ UMNO bakal dicalonkan oleh PH



Nasib dua bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) UMNO sama ada berpeluang untuk bertanding mewakili Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, 20 Nov ini, masih dalam perbincangan dan hampir diputuskan.

Pengerusi PH Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata perkara itu masih lagi dibincangkan dalam kalangan parti komponen PH terdiri daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR), DAP, Parti Amanah Negara (Amanah) dan Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO).

“Sekarang hampir dimuktamadkan hanya dua ADUN, yang asalnya daripada UMNO (dan) status mereka boleh diterima. Ada juga perbincangan yang panas, yang panjang untuk memuktamadkan keputusan,” katanya dalam ucapan pelancaran jentera PH bagi PRN Melaka yang diadakan secara maya malam tadi.

Mengenai calon yang akan bertanding pada PRN berkenaan, Anwar yang juga Presiden PKR dan Ahli Parlimen Port Dickson berkata ia belum dimuktamadkan dan masih lagi di peringkat saringan.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan tarikh mengundi PRN Melaka pada 20 Nov manakala penamaan calon pada 8 Nov dan undi awal pada 16 Nov.




PRN Melaka diadakan ekoran pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) pada 4 Okt lepas susulan empat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) menarik sokongan terhadap kepimpinan Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Sulaiman Md Ali.

Empat ADUN berkenaan ialah Datuk Seri Idris Haron (BN-Sungai Udang), Datuk Nor Azman Hassan (BN-Pantai Kundor), Datuk Norhizam Hassan Baktee (Bebas-Pengkalan Batu) dan Datuk Noor Effandi Ahmad (Bersatu-Telok Mas).

– Bernama

Bekas Adun ‘Pengkhianat’ UMNO bakal dicalonkan oleh PN


Baca Artikel Menarik :




Layari Laman Facebook MYKMU</a


Kembali perkasakan penyatuan ummah



Leave a Reply

Your email address will not be published.