Islam boleh menang – Khabib

Islam boleh menang – Khabib

ABU DHABI: Legenda seni bela diri campuran (MMA), Khabib Nurmagomedov menyifatkan Islam Makhachev bakal me­nyerlah dan mampu memena­ngi pertarungan menentang Dan Hooker di UFC 267.

Bekas juara kelas lightweight UFC itu akan berada di tepi ge­langgang di samping pasukan Islam dalam pertarungan yang akan berlangsung di Arena Etihad, Abu Dhabi, Ahad ini.

“Pandangan saya, pertaru­ngan ini bakal berpihak kepadanya dan bukan lawan. Dia perlu memberikan segalanya di dalam gelanggang nanti.

“Jika menang, dia akan mencatat sembilan kemenangan berturut-turut. Siapa yang boleh dapat pencapaian sebegini? Hanya sang juara.

“Pencapaian Charles (Oliveira) lebih hebat berbanding Islam tetapi seandainya Islam dapat mengatasi dengan mudah, ia mampu menjadi titik permulaan.

“Islam perlu berusaha untuk meraih gelaran. Ini pendapat saya. Dia agak berlainan,” kata Khabib.

Mengulas lanjut, le­genda dari Rusia itu berkata, dia sangat mengenali Islam dan mereka telah menjalani latihan bersama lebih 20 tahun.

“Islam sangat berlainan. Di sebalik kamera, saya sangat mengenalinya. Kami mempunyai misi yang sama, strategi, bergelut, bergusti…kami bagus dalam setiap sudut,” jelas Khabib yang kini berusia 33 tahun. Utusan

Islam boleh menang – Khabib


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU

Minuman keras dibenarkan di bandar Arab Saudi?

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker