Operator maut dihempap kren

Operator maut dihempap kren

KUCHING: Seorang operator kren maut selepas jenteranya tumbang dalam kejadian di tapak pembinaan di Jalan Petanak, di sini, malam ini.

Mangsa, Manggi Nanjus, 51, tersepit di bawah jentera terbabit dan mayatnya terputus dua.



Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, sebahagian anggota badan berjaya dikeluarkan.

Beliau berkata, sehingga jam 9.30 malam, usaha masih dijalankan bagi mengeluarkan sebahagian lagi anggota badan yang tersepit di bawah jentera berat itu.

“Kontraktor sedang mengorek dari bawah disebabkan kren berkenaan tidak dapat ditarik untuk diletakkan seperti pada kedudukan asal bagi mengeluarkan sebahagian lagi anggota badan mangsa,” katanya dalam kenyataan malam ini.

Beliau berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 7.21 malam.



Berikutan itu, 10 anggota dari Balak Bomba dan Penyelamat Padungan dikejarkan ke lokasi. BH

Operator maut dihempap kren


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU

Tanah di Putrajaya atok beli berapa harganya?



Ain, bapa disaman guru berhubung isu jenaka rogol



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker