Umno setuju calonkan Saarani sebagai MB, kata Sumber

Sebaran :

Mesyuarat Umno Perak malam tadi membuat keputusan mencalonkan Pengerusi Umno Perak, Saarani Mohamad sebagai calon menteri besar negeri itu yang baru.

Menurut sumber, keputusan itu dicapai dalam mesyuarat yang dipengerusikan Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi.

“Saarani calon menteri besar Umno, keputusan dibuat dalam mesyuarat yang berlangsung malam tadi.

“Tiada bantahan daripada mana-mana Adun Umno berhubung keputusan itu,” katanya ketika dihubungi.

Sumber yang juga pemimpin Umno Perak berkata, parti itu yakin Saarani mampu menggalas tugas dengan baik jika diberi tanggungjawab.

Semalam, Malaysiakini melaporkan tiga nama sedang dipertimbangkan iaitu, Saarani, bekas menteri besar Zambry Kadir dan Adun Rungkup Shahrul Zaman Yahya.

PH Perak dan Saarani mengadap Sultan Nazrin tetapi media diberitahu ketika itu belum ada calon menteri besar baru bagi menggantikan Ahmad Faizal Azumu.

Faizal gagal mendapat sokongan majoriti Adun dalam usul undi percaya yang dibentangkan di sidang DUN pada 4 Disember lalu.

Usul dibawa Abd Manaf Hashim (Umno-Pengkalan Baru) itu hanya disokong 10 Adun manakala 48 orang lagi menolaknya dan seorang berkecuali.

Belum pasti sama ada Umno mempunyai bilangan yang cukup untuk membentuk kerajaan negeri.

Parti itu memegang 25 kerusi DUN, kurang lima kerusi daripada jumlah minimum yang diperlukan.

Dalam pada itu, sumber memaklumkan yang dia tidak pasti sama ada nama Saarani dipersembahkan kepada Sultan Perak hari ini ataupun tidak. Mk

Mahathir mahu Shafie Apdal jadi PM.


Sebaran :

One thought on “Umno setuju calonkan Saarani sebagai MB, kata Sumber

  • MB hampeh…!!!. Hari ini kau menang, tiba masanya kau pulak akan ditendang. Doa org2 yg dizalimi tiada hijabnya.

    Reply

Leave a Reply