Tukang masak maut 10 kali ditikam rakan

GEORGE TOWN: Seorang tukang masak maut selepas ditikam pengawal keselamatan yang juga rakannya di pondok pengawal sebuah pangsapuri di Paya Terubong, di sini malam tadi.

Kejadian dipercayai berlaku ketika mangsa yang berusia 42 tahun datang menemui suspek di pondok berkenaan kira-kira jam 8 malam.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Soffian Santong, berkata siasatan awal mendapati suspek dipercayai menikam mangsa menggunakan sebilah pisau kerana marah sering diganggu dan diugut.

“Mangsa dikejarkan ke Hospital Pulau Pinang dan disahkan meninggal dunia. Hasil pemeriksaan mendapati mangsa mengalami kecederaan parah dengan 10 tikaman di badan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Soffian berkata, suspek berusia 65 tahun ditangkap pada jam 10.30 malam tadi di kediamannya di pangsapuri berkenaan. Awani

Pengawal keselamatan mati ditikam

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker