Mahathir mahu Shafie Apdal jadi PM.

Share

Setelah gagal menjadi calon Perdana Menteri untuk Pakatan Harapan dan menggagalkan Anwar, kini Mahathir ingin mencalonkan proksinya Shafie Apdal sebagai calon Perdana Menteri.

Mahathir mahukan Shafie Apdal supaya beliau masih dapat “berkuasa” kerana Shafie terpaksa menurut kemahuannya.

Berikut adalah artikel dari Malaysiakini.


Dr M kini sokong Shafie sebagai calon PM

PSebuah klip video timbul di media sosial memaparkan pengerusi Bersatu yang dipertikaikan, Dr Mahathir Mohamad menyatakan sokongan buat Presiden Warisan Shafie Apdal sebagai calon perdana menteri.

Apabila dihubungi hari ini, pejabat Mahathir berkata satu kenyataan akan dikeluarkan berhubung perkara tersebut, dan hanya meminta untuk menunggu kenyataan itu dikeluarkan.


Dalam video berkenaan, Mahathir memberitahu akar umbi Bersatu di ibu pejabat Yayasan Kepimpinan Perdana di Putrajaya semalam, bahawa dia akan berkempen untuk Shafie sebagai calon perdana menteri.

“Saya akan kempen untuk Shafie. Dan saya akan terangkan kenapa kita pilih Shafie.

“Dan saya harap kita semua faham, walaupun saya tak jadi calon, tapi ini adalah orang yang sebulu dengan saya, dan sebulu dengan kita semua iaitu dia melawan kleptokrat,” kata Mahathir dalam video berkenaan.


Perkembangan ini hadir di tengah-tengah kemelut calon perdana menteri antara Mahathir dan Presiden PKR Anwar Ibrahim, sekiranya Pakatan Harapan (PH) dan sekutunya yang dikenali sebagai PH plus, berjaya merampas semula kuasa persekutuan.

Dalam video itu, Mahathir meminta akar umbi Bersatu untuk menyokong Shafie.

“Sebab itu kita perlu sokong Shafie. Dan bagi saya itu sama dengan sokong saya. Saya akan sokong Shafie.

“Jadi walaupun ada pertukaran sedikit, saya harap akar umbi akan terus memberi sokongan kepada calon kita, Shafie Apdal,” katanya lagi.

Malaysiakini sebelum ini melaporkan bahawa dalam memecahkan kebuntuan ekoran pertikaian Mahathir dan Anwar, nama Shafie semakin mendapat perhatian dalam cadangan untuk mengangkatnya sebagai calon perdana menteri untuk PH plus.

Sekiranya Shafie berjaya mendapat sokongan majoriti di Dewan Rakyat, beliau akan menjadi perdana menteri pertama dari Malaysia Timur.

Baca : Mahathir kata Anwar banyak musuh, tak boleh jadi PM.

Mahathir cuba lagakan Shafie dengan Anwar – Bung

Leave a Reply