Anak Shah Rukh Khan akhirnya dibenarkan diikat jamin
Anak Shah Rukh Khan akhirnya dibenarkan diikat jamin
Mahkamah India pada Khamis membenarkan permohonan ikat jamin ke atas Aryan Khan, 23, anak bintang Bollywood, Shah Rukh Khan yang ditahan agensi narkotik atas tuduhan berkaitan rampasan dadah.
Aryan ditahan dalam keadaan penuh kontroversi bersama beberapa individu oleh Biro Kawalan Narkotik (NCB) di Mumbai pada awal bulan ini.
Dalam penghakiman itu, Mahkamah Tinggi Bombay membenarkan permohonan ikat jamin ke atas Aryan dan dua lagi yang mempunyai kaitan dengan kes ini.
Isu dadah sejak beberapa hari ini mencetuskan kontroversi, susulan dakwaan manipulasi saksi, bukti palsu serta tuduhan cuba memeras berjuta dolar sebagai tebusan daripada bintang filem itu.
Nawab Malik, menteri dalam kerajaan Maharashtra sebelum ini mendakwa agensi dadah yang dikawal kerajaan persekutuan tidak mempunyai kes kukuh ke atas anak pelakon itu.
Media pula melaporkan tiada sebarang dadah terlarang ditemui pada Aryan.
Ketika masih diselubungi kontroversi, polis di bandar raya Pune, kira-kira 150km dari Mumbai pada Khamis menahan Kiran Gosavi, lelaki yang dikatakan penyiasat persendirian dan saksi kes dadah itu berhubung kes penipuan pada 2018.
Swafoto Gosavi bersama Aryan yang tular di media sosial mencetuskan persoalan mengenai hubungan penyiasat itu dengan NCB.
Pengarah Wilayah NCB, Sameer Wankhede sebelum ini memohon perlindungan mahkamah, selepas beliau ditahan atas tuduhan salah laku. FMT
Anak Shah Rukh Khan akhirnya dibenarkan diikat jamin
Baca Artikel Menarik :
- Apabila hati penjawat awam sudah terhiris
- Peguam dakwa penangkapan Aryan Khan langgar Perlembagaan
- Remaja terpelanting, maut dipanah petir
- Ada yang meniru dari nama hingga ke warna baju – Najib
- Ular sama tak akan patuk kali kedua, Zahid sindir Bersatu
- Tommy Thomas disaman Najib kali kedua
- Mahu Kembali Jadi Fatah, Lucinta Luna Mengaku Penat Jadi Perempuan,“Cukuplah..Saya Takut Dosa”[VIDEO]
- Bersatu hilang arah, keputusan UMNO pergi solo tepat
- Resepi ayam masak lapis memang best
- Tuhan tarik nikmat bebas memandu Sharifah Sakinah
- 9 daripada 10 tidak mahu UMNO bersama BERSATU
Layari Laman Facebook MYKMU