Lelaki menyamar Datuk Seri Panglima didakwa

Lelaki menyamar Datuk Seri Panglima didakwa

JOHOR BAHRU – Seorang lelaki yang bekerja sendiri dihadapkan ke Mahkamah Sesyen dan Majistret di sini hari ini atas tiga pertuduhan menyamar sebagai pemegang gelaran Datuk Seri Panglima untuk melakukan penipuan.

Tertuduh, Feroz Musa, 47, bagaimanapun membuat pengakuan tidak bersalah dan minta dibicarakan ke atas tiga pertuduhan yang dibacakan di hadapan Hakim Datuk Ahmad Kamal Arifin Ismail dan Majistret Zuhainie Zull Kafli.



Di Mahkamah Sesyen, dia berdepan dua pertuduhan mengakui diri sebagai pemegang sah anugerah Datuk Seri Panglima masing-masing pada 23 Jun 2020 di Larkin Perdana pada pukul 3.12 petang dan 8 Januari di Jalan Padi Ria 2, Bandar Baru Uda pada pukul 3.20 pagi.

Atas dua pertuduhan itu, dia didakwa melakukan kesalahan di bawah Fasal 4(1) Enakmen Lambang, Gelaran dan Anugerah (Mencegah Penggunaan Tidak Wajar) Johor 2017 yang memperuntukkan hukuman denda tidak kurang RM100,000 dan tidak lebih RM250,000 serta penjara tidak kurang satu tahun dan tidak lebih tiga atau kedua-duanya.

Sementara itu, di Mahkamah Majistret, tertuduh didakwa menggunakan gelaran berkenaan untuk memperdaya seorang wanita berusia 45 tahun sehingga memasukkan RM11,600 ke dalam akaun tertuduh antara 24 Disember 2020 hingga 5 Januari tahun ini di Maybank Bandar Baru Uda, Johor Bahru.

Atas pertuduhan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak lebih 10 tahun jika sabit kesalahan. K Online



Lelaki menyamar Datuk Seri Panglima didakwa


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU

Minuman keras dibenarkan di bandar Arab Saudi?



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker