Khir Toyo bidas MB Selangor, ‘Kampung Melayu Bukit Tarek bukan hutan simpan’

SHAH ALAM: “Sekarang isu geran tak sepatutnya timbul, kenapa Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari mengatakan kawasan itu hutan simpan sedangkan geran sudah ada.”

Perkara itu ditegaskan bekas Menteri Besar Selangor, Dr. Mohamad Khir Toyo yang mengakui memberikan geran kepada penduduk di Kampung Melayu Bukit Tarek. Ulu Yam, Hulu Selangor pada 2004 selepas mendapati mereka sudah tinggal di kawasan berkenaan lebih 20 tahun.

“Kerajaan negeri tak akan beri geran pada 2004 kalau tanah itu ada pemilik, maksudnya kalau ada hutan simpan tak boleh beri geran. Kerajaan negeri akan keluarkan geran sekiranya tanah itu free from any incumbency maknanya tanah itu tiada masalah,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini semalam.

Apabila geran diberikan kepada penduduk ketika itu proses pemberian termasuk nyahwarta kawasan hutan simpan berkenaan tidak sepatutnya timbul kerana disahkan pelbagai jabatan termasuk Jabatan Perhutanan Selangor.

Malah, tanah itu juga diberikan status sebagai kebun (tanah pertanian) iaitu penyahwartaan hutan simpan kerana masih mengekalkan ekosistem alam sekitar termasuk sebagai kawasan tadahan hujan.

Terdahulu, akhbar ini melaporkan Amirudin mendakwa Kampung Melayu Bukit Torek terletak dalam kawasan hutan simpan menyebabkan penduduk di sana tidak mendapat kemudahan infrastruktur asas seperti jalan raya serta bekalan air dan elektrik.

Bagaimanapun, dalam akhbar semalam 300 penduduk kampung menafikan mereka menceroboh kawasan hutan simpan, sebaliknya mendakwa memiliki geran tanah secara sah ketika Mohamad Khir menjadi Menteri Besar.

Dalam pada itu, bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Panjang itu memaklumkan menjadi tanggungjawab kerajaan negeri untuk memastikan penduduk di Kampung Melayu Bukit Tarek mendapat kemudahan infrastruktur seperti jalan raya, bekalan elektrik dan air.

“Soal itu menjadi tanggungjawab kerajaan negeri, saya pun tak faham kalau ikut laporan media kerajaan negeri kata ada banyak rizab simpanan.

“Dahulu Khalid (Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim) kata ada RM3 bilion ke RM4 bilion, Azmin (Datuk Seri Mohamed Azmin Ali) pun kata sama. Jadi tak sepatunya ada masalahlah. Sebab mereka yang kata dahulu duit simpanan Kerajaan Negeri Selangor ada banyak, takkanlah untuk buat jalan dalam RM300,000 atau RM400,000 tak boleh? Buat apa hendak simpan duit banyak-banyak dalam bank, rakyat perlukan,” soalnya.

Sementara itu, Exco Pembangunan Luar Bandar dan Kebudayaan, Borhan Aman Shah, menjelaskan penduduk di kampung berkenaan sepatutnya boleh memohon untuk mendapatkan kemudahan asas seperti bekalan elektrik dan air.

“Saya rasa, kalau mereka sudah duduk 30 tahun, sepatutnya boleh buat permohonan atau rayuan dan sebagainya. Itu terpulang kepada pihak Jabatan Perhutanan Selangor.

“Tetapi, kalau kawasan itu mungkin dianggap sebagai memang penempatan asal, boleh dinyahwartakan untuk penduduk di situ, itu pun atas keputusan yang dibuat oleh Jabatan Perhutanan,” katanya.

Bagaimanapun, Pengarah Jabatan Perhutanan Selangor, Datuk Ahmad Fadzil Abdul Majid memaklumkan hutan simpan bagi menggantikan kawasan Bukit Tarek itu sedang dilakukan oleh Pejabat Tanah dan Galian Selangor (PTGS).

“Bagi kawasan Kampung Melayu Bukit Tarek, tindakan warta keluar dan ganti hutan simpan kekal kini dalam proses oleh PTGS. Ya, kawasan terlibat nyahwarta kira-kira 264 hektar.

“Bila sudah jadi hutan simpan, mereka tidak akan dapat geran. Bila tiada geran, bekalan elektrik dan air tak boleh proses permohonan. Sebab hendak proses permohonan itu kena ada geran. Macam rumah kita, kena tunjuk hak milik untuk dapatkan kemudahan asas itu,” ujarnya.

Khir Toyo bidas MB Selangor, ‘Kampung Melayu Bukit Tarek bukan hutan simpan’


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Kau ini apa pun tak faham, kata Najib pada Hanipa

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker