Anak Mat Sabu bebas sabitan kes dadah

Anak Mat Sabu bebas sabitan kes dadah

Mahkamah Tinggi hari ini mengetepikan sabitan terhadap anak lelaki bekas Menteri Pertahanan Mohamad Sabu atau Mat Sabu, Ahmad Saiful Islam kerana penyalahgunaan dadah.

Hakim Collin Lawrence Sequerah yang membenarkan rayuan Saiful berkata, polis hanya mengambil satu sampel air kencing perayu saja untuk dianalisis.

“Perayu telah dinafikan dua sampel urin dan ini adalah garis panduan prosedur ketat yang harus dipatuhi,” katanya.

Saiful didakwa menggunakan dadah jenis THC di sebuah hotel, di sini, pada jam 2.05 pagi, 5 Jan 2019.

Pada 24 Jun tahun lalu, Majistret Mohamad Aizat Abdul Rahim menjatuhkan hukuman penjara lapan bulan selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan.

Mahkamah turut memerintahkan Saiful menjalani hukuman penjara bermula 24 Jun tahun lalu dan menjalani pengawasan selama dua tahun di bawah Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) sebaik hukuman itu selesai.

Saiful dibebaskan dengan ikat jamin RM9,000 sementara menunggu keputusan rayuan.

BERITA LANJUT MENYUSUL

Anak Mat Sabu bebas sabitan kes dadah


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU

Kekayaan Elon Musk kini RM1 trilion

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker